Saturday, October 31, 2020

Apply guru Interim 2019

 

Aku apply guru interim ni pada 9/2019. Setahun dua bulan sudah berlalu. Memang lama. Banyak suka duka nampak sampai ke tahap ni. Salah satunya adalah Pandemik Covid 19.

Aku terasa nak apply sebab terlihat iklan orang duk share kat FB. Sebelum ni aku biasa dengar interim dini je, iaitu untuk ustaz dan ustazah. Lepas tu untuk cikgu BI. Tapi kalini banyak opsyen yang ditawarkan. Ingat, korang kena apply yang berkaitan! Yang aku tahu, dorang nak tengok kita punya kos masa belajar dulu. Bidang apa, baru boleh relate dengan subjek yang ditawarkan. Contoh,

ISM Pengajian Melayu
Apply untuk subjek Bahasa Melayu






Aku lepas isi, double chek, lepas tu double chek balik. Ni last day 30/9 pun still check lagi. Aku siap refer peta Malaysia lagi nak pilih negeri mana. Yang penting kena dapat restu suami. Aku apply negeri Perak. Konon negeri paling dekat dengan Kelantan, hehe!

Yang penting tanamkan niat korang. Kenapa nak jadi cikgu. Jangan nampak gaji je semata. Aku sebelum ni merupakan cikgu tadika, tambah tolak adalah dalam 8 tahun dikelilingi ngan anak-anak tadika. Rasa seronok, tambahan pula diri sendiri belum punya anak. So, aku memang suka mengajar. Aku rasa satu kepuasan bila mana yang pada asalnya dorang zero tapi masa akhir tahun dorang lancar membaca, boleh menulis, pandai mengira, pandai hafazan. Pendek kata semua pandai dan baik akhlaknya. 

Bila dah hantar borang permohonan, kitorang kena tunggu lebih kurang sebulan untuk tahu keputusan UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru)


 Next enty, aku akan cerita pasal UKCG ok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...