Dengar tajuk macam serik semacam je. Lebih dari orang bersalin la plak.
Tapi memang itulah kenyataannya yang aku alami. Aku dah kawen 1tahun 1bulan lebih.
Sejak dari jaman anak dara lagi memang period aku tak teratur, tapi nasib baik aku nih tak segugut, setakat sakit perut manja manja sekejap je.
Sesuka hati dia jer nak kuar bila. Kekadang sebulan tuh tak datang datang pun.
Tapi takde la sepanjang tahun aku macam tuh. Ada la sebulan dua camtuh pastuh yang bulan lelain okey je walau kekadang kitaran hari terlebih terkurang sikit.
So, bila dah kawen nih asal period lambat sikit terus bajet peknen.
Dalam bulan 10 2011 aku duk tunggu tunggu la aku pun period
tak datang datang pun. pastuh mula berbisik bisik kat hati kecik nih
"peknen ker aku nih"
lagipun masa tuh dah masuk hari ke 40, so macam excited la jugak aku
pastuh mula la duk cakap cakap ngan my hero sambil usap usap perut
"kalau peknen kan, saya kan nak camnih camnih"
my hero lagilah, niat nak puasa 7hari. Sejuk bak air batu kejap hati bini dia nih hikss
pergilah aku laki bini kat farmasi cari pregnancy test
malam tuh dah cakap kat my hero, lau saya tak peknen tak payah la rasa down sangat
ada hikmah la disebalik semua tuh. keesokannya, pepagi lagih aku bangun and test
 |
Google |
ingatkan keluar garis garis tapi keluar garis sahaja.
down tapi s.a.b.a.r
Dalam bulan 12 2011 camtuh, sekali lagi lambat dekat 10 hari. Hati dah berbelah bagi, nak check ker tak nak sebab duk teringat lagi yang kecewa bulan 10 arituh. Lagipun masa tuh aku baru start keje, risau jugak andai kata peknen tapi aku tak jaga diri sangat, nanti jadi apa apa kang. So aku ambik keputusan untuk check.
Yang ni memang aku langsung tak bagitahu my hero. Pergi beli pun sensorang je, pastu mula la sorok sorok takut dia perasan. Aku bukan apa tak nak bagitahu dia, cuma aku takut dia lagi rasa kecewa untuk kali ke 2.
So, kecewa tuh biar aku sorang jelah yang rasa. Bangun esok pagi terus check tapi takde rezeki jugak. Masuk je bilik, terus dia tanya, "wat pe dalam toilet lama" Terkejut gak aku,camne ntah dia boleh sedar, aku pun cakap "sakit perut"
So, masuk tahun 2012 aku tak guna pregnancy test lagi setakat nih. Lagipun tahun ni smooth je, setakat lewat sehari dua camtuh je. Aku pun dah selalu pesan kat my hero,
"pasnih kalau period saya lewat, saya takmo check dah, kalau dah pening muntah yelah tuh kot"
pastuh my hero pun cakap"kalau lewat sebulan??" Aku pun hurmm.."check kot hihi"
Setakat ni aku just telan asid folic saja.
Kalau takde rezeki jugak, hujung tahun ni rasa macam nak g berurut sikit.
Aku ikhtiar setakat mana yang mampu, selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.
*Harini terbaca gosip, Haiza penyanyi dangdut tuh 5tahun kahwin, sekarang sedang peknen 7bulan dah. Akhirnya kesabaran dia berhasil jugak :)