Saturday, November 16, 2013

Puding Karamel Beryogurt


Yuhuuu selamat malam, harini aku nak share simple resepi. Buat karamel tapi hari ni kita taruk yogurt yer untuk membangkitkan lagi rasa puding karamel ni agar lemak berkrimmmm, nyumsss!

Ni memang laki aku punya pebretlah. Nak nak lagi time bulan puasa, sokmo rikues suh aku buat. 

 Sebenarnya yogurt ni banyak diguna dalam masakan India terutamanya, dalam kari, dalam tandoori tapi aku macam biasalah, mana reti nak buat tu semua. Dessert jelah yang aku mampu, lets cikidauttt!



bahan-bahan:

8 biji telur
1/2 tin susu cair

1/2 tin susu pekat
2 sudu esen vanila
3 sudu besar Natural Set Yogurt
Air secawan.
(bahan diatas di blender sekaligus)



cara-cara:

1. cairkan 7sudu gula dlm loyang.kacau dengan api perlahan,bila nampak perang-perang, tutup api.
2. masukkan semua bahan yang diblender tadi ke dalam loyang
3. kukus dengan api sederhana lebih kurang 30minit.
4. bila dah masak, telengkupkan puding ni panas-panas ke dalam pinggan besar
5. letak lam peti ais kejap pastu boleh dimakan begitu saja.



 Kat atas ni adalah contoh Natural Set Yogurt. Untuk resepi ni aku just taruk 3 sudu besar untuk membangkitkan lagi rasa berkrim lagipun susu cair ngan susu pekat dah ada kan. Lagipun takleh taruk banyak sangat, nanti tak pepasal masam korang punya puding karamel. 


Btw, untuk info lanjut pasal Nestle, korang leh refer link INI, dalam tu ada pelbagai resepi yang berasakan yogurt. Esok korang cotiiii, nanti bolehlah masak untuk suami tercinta, auwwww.


okbai.


5 comments:

  1. Salam Perkenalan dari kak ina juga :)

    ReplyDelete
  2. hai..salam kenal dari SRC..

    saya datang sini dan follow.sudi singgah dan follow blog saya ya di www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq..apapun puding tu nampak sedap..lagi sejuk lagi sedap.

    ReplyDelete
  3. memang sedap...cik pon suke buat...tp kalau husb cik.jgn harap makan cenggini...die suke makan kuih yang bergoreng jerrrr

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..cikji,

    wahh.., nampak sedap lah puding nie..

    mselim3

    ReplyDelete
  5. sedap. hehe.. suka sgt puding caramel

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...