Selamat bercuti kepada yang bercuti.
Selamat bekerja kepada yang bekerja,
aku lah tu T___T
Disebabkan kedai aku mengalami masalah air yang sangat kritikal, maka seminggu jugaklah aku tak membasuh. Nak mandi pun air cukup-cukup je. Tak puas weh mandi ngan air kena catu macam tu.So, pagi jumaat tu aku pepagi lagi kol ma aku. Sampaikan maa aku pun pelik,
Haa suzi ado gapo tepon pagi ni?
Apalagi suh adik aku mai ambiklah. Aku bagitau awal-awal aku nak balik mendobi, nanti kang tak pepasal maa aku terkejut tengok aku angkut kain bertimbun,
baloh nge toklaki ko gapo? Hahaha
Satu plastik hitam yang besar tu aku angkut. Dynamo pun aku angkut sekali. Lepas tu aku pun tinggal kat umah maa aku. Senang len kali nak balik mendobi pulok hihik.
Aku balik dulu, malam tu baru laki aku balik, kerja kerja.
Otw balik tu singgah beli buah pauh sikit, sekarang dah musim dia ek?
Haritu beli kat Wakaf Che Yeh RM8 sekilo, mahal kan?
Lepas tu otw balik kerja tu aku singgah beli kat tepi-tepi jalan je,
gerai versi orang kampung, RM 4 je sekilo!!!
Yang aku singgah hari jumaat tu gerai pesen tepi highway Rm7 sekilo.
Memang ketara giler rege dia. Sebab tu aku lebih suka beli buah-buah kat tepi gerai versi orang-orang kampung je. Tu belum lagi musim duyan, hoih memang mencabar keimanan, memang murah habis sebab otw balik keje memang aku lalu ikut jalan-jalan kampung yang penuh dengan kebun-kebun.
Dorang bukan jenis kaut untung tapi dorang jual sekadar suka suka, boring duk kat umah, walhal duit dorang dah bekepuk kepuk lam bank, kebiasaannya lah. Nenek aku pun camtu jugak, jual kunyit lah, ubi kayu lah, maa aku pun dah menurun jugek, jual limau nipisss. Seksok tengok-tengok aku pun camtu jugok T__T.
Like mader like doter.
Nampaknya sekarang aku dah kena start bercucuk tanam nih.
Kemain dak kecik ni kemain hepi kalau ada orang kat umah, lepas tu kalau aku nak balik mulalah menjiwai watak, muka seposen je, sedih hihi.
Pagi sabtu tu aku goreng mee 1 plastik je, banyak-banyak tak habis, penghuni rumah berapa ketul je pun. Nak kata pagi tak jugek, dalam pukul 11 camtu. Sudahnya kenyang dengan mee goreng jelah laki aku. Aku pun sama hihi. Kebetulan ayah aku gi makan kenduri, takde lah terkejar sangat nak masak.
Lepas zohor dah siap masak tapi dekat asar baru makan, ikan pun goreng dekat-dekat nak makan nasi, panas-panas baru sedap. Begitulah kisah surirumah dihujung minggu, mendobi ujung minggu, lipat baju ujung minggu, masak pun ujung minggu. Hikhokhikhok.
Okbai.
payah ye takde air..saya pi umah kak ipar..mandi 2 botoi air je..asal basah badan je hehe
ReplyDeleteApe2 pon selamat bercuiti2 malaysia cik ji....
ReplyDelete