Friday, July 11, 2014

Bukan tak nak pergi bazar tapi..


Kejap jer kan masa berlalu. Harini dah 13 Ramadhan. Semalam pergi merendek Wakaf Cheyeh. Gi skodeng baju raya tapi macam tak berapa nak ada  choice je kaler yang aku nak, lagipun aku tak meround semua, meround kat tepi-tepi gitu je. Semalam pergi dah nak dekat pukul 1. Last skli kita pekena mee celup jelah. Habis cerita ngeh ngeh ngeh.









Takpe malam ni kalau rajin sikit kita pergi uptown pulok. Hoih merendek je keje tapi keje sekolah tak siap-siap lagi, Huhu. Harini tak tahu dah nak makan apa. Aku semalam tak makan nasik pun, aku sendiri pun tak sedar yang aku tk bernasik hari tu. Berbuka ngan ktiow goreng je, aku goreng cukup-cukup untuk aku je. Nanti membazir pulok kan kalau banyak-banyak.

Lepas tu bangun sahur minum milo suam tu pun share ngan laki lepas tu makan mentimun susu. Bangun sahur semalam giler ngantuk, Yelah balik dari Wakaf Chyeh dah dekat pukul 2. Bangun sahur 4.30. Mana tak ngantuk. Laki aku macam biasa, bernasik masa sahur. Elok gak, nanti takde lah membazir sangat. Sekarang pun aku tanak nasik pun cukup-cukup je.

Buka ni tak tahu lagi nak makan apa. Laki aku cakap beli kat bazar pun takpe sebab semalam sampai umah lewat, dekat-dekat nak buka baru siap masak. Bukannya masak apa pun, daging kunyit ngan ktiow goreng je pun. 

Aku cakap malas lah, takde selera tengok laukkkk. Kita masak jelah. Makan berdua je pun. Kalau diikutkan memang baik beli tapi mulut aku macam tak berapa nak masuk sangat ngan lauk bazar tahun ni. Setakat puasa ni baru sekali kitorang pergi bazar, tu pun beli lauk ayam percik. Harap-harap sampai penghujung ramadhan lah kitorang pulun masak. Ngeh ngeh ngeh.

Lepas tu murtabak baru sekali, haritu aku beli 2 ketul murtabak. Tu pun kemain nak habiskan, nasib baik adik ipar aku ada, dia yang habiskan. Beli akok haritu pun sama, 2hari nak habiskan. Haritu kitorang tapau nasi kerabu, aku rasa membazir je, laki aku habis tapi aku separuh pun tak xdapek nak habiskan. Lastly ke tong sampah jugak. Lepas tu rasa bersalah terus menyelubungi diri T__T

Kalau diikutkan tahun lepas memang hari-hari gi bazar. Ayam golek, ikan bakar, sup. Hoih memang banyak ar kitorang beli. Air tebu, air keladi, jagung. Tahun ni dah takde dah macam tu. Aku rasa sebabnya kitorang dah pindah. Dari rumah kedai ke rumah sewa. Dia punya feel tu lain. Banyak sangat bezanya. Tahun lepas memasing bizi, penat. Tahun ni pun semua penat bekerja tapi dia punya suasana tu berbeza ngan tahun lepas.

Jap lagi nak keluar, nak cari sutun ngan udang. Ayam dah takde lam list, muakkk. Tu pun ada dalam 2 ketul gituh lam peti aih. Daging pun ada lagi sikit, sekali goreng. Nak masak apa nanti nanti kita diskas ngan sheben. Lepas tu macam nak buat agar-agar sirap je tapi tak reti lah pulok nok anggar kemanisan gula di bulan puasa ni. Maka marilah kita gugel resepi agar-agar sirap. Hihihi

Okbai!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...