Saturday, August 9, 2014

Raya 1 versi santai lantai


Bersambunglah kita pasal cerita raya. Sebenarnya aku pagi raya baru bertolak balik. Kemain kabus pagi tu. Memula drop mertua ngan dik ipar aku dulu. Raya jap ngan nenek sebelah my demok
peluk cium jap pastu berdesup balik kampungku kampungmu jua hiksss.

Dalam 35 mins gitu perjalanan.
Maka sampailah kami dengan selamat. Jalan pun clear je.  
Balik tu tolong dorang pasang langsir jap. Langsir macam biasalah import from KL. Akak aku yang sulung yang jahit. Kain langsir share 8 beradik, untung gak adik beradik ramai ni hikhiks. Akak aku yang sulung tak masuk korum sebab dia dah jahit kan. Tapi aku dah cakap awal-awal raya tahun depan dah la tukar langsir weh. Tiap tahun bertukar, stress mak nyah!

Tahun ni kan raya versi santai, relaks. I like it!
Tahun ni tema emerald, memula tu gold lepas tu diskas punya diskas lam group wasap adik beradik maka terhasillah kaler emerald. Aku sebenarnya jenis kaler seangkatan kuning oren gold ni kurengggg sikit. 




Allah Allah adik beradik sape lah ni.
Nasib baik masa ni aku takde lam perkhidmatan :p
Akak aku boleh pulak tak ambik monopod,
kilik shutter je.shutter pun boleyh.




Lepas semua balik sembahyang raya maka bermulalah acara salam menyalam. Harus beratur ikut turn yer. Yang sulung kat depan, yang bongsu kat belakang. Tahun ni kita bersalam kat luar jelah yer. Kat dalam gelap sebenarnya. Lepas renovate rumah ni, kitorang banyak duk kat luar sebenarnya. Tetamu datang beraya pun duk luar jugak. Selamat, tak perlu nak kemas-kemas rumah sangat hahah! 

Duk dalam bila nak tengok telebisen je.
Dah tu segala tingkap yang ada sebelum ni ditutupi bilik.
Agak gelap dan lemas lah jugak.
Buka sliding door pun sama jugek. Huhuk.



Hoi hoi beratur! Jangan berani nak potong Q ek.






Peluk cium ma ayoh adik beradik semua.
Kami 9 beradik semuanya tapi abang aku not in service.
Turn umah mertua dia tahun ni.
Maka berlapan beradiklah kami pada haritu.







Bersila kat lantai. Dah macam ada tazkirah pun ada duk membulat camnih hihi.
Alhamdulillah murah rejeki aku tahun ni, dapat duit raya gak. Hee :)






Our family.
Makin berkembang dari tahun ke tahun.
Aku jugek yang tak kembang kembang, asik kuncup je.
Acaner tuh?



Maaf zahir batin dari kami berdua, bertiga, berempat, berlima,
bebebeberapa ??

okbai!

1 comment:

  1. rumah dah bertukar wajah ke?? hurmmm lama x p umah cikji ni yer... rindu plak nak mkn buah2an..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...