Friday, February 7, 2014

cerita pasal sedekah.

Assalamualaikum

Salam jumaat uolsss. Suka tak ngan hari jumaat, suka tak, suka tak? Aku suka tapi tak berapa nak suka sangat sebab laki den khoje. Aku kalau laki takde kat sebelah terus rasa kelam je dunia, huwaaa puitis giler ayat aku. Kalau dia baca entry ni kompem kembang kempis hidung lepas tu malam ni terus belanja aku makan ikan bakar haha.

 But its okey, time laki khoje manfaatkan masa yang ada dengan cara memonopoli pc sensorang hahaha. Time dia ada tak leh, asyik nak berebut je, aku nya malas nak on laptop kat atas.

Kekadang aku pun tak paham, apalah sangat duk layan game perang-perang dia tu. Dia pun kekadang tak paham gak ngan aku apalah sangat duk layan blog je. Gitulah hidup, dalam satu masa kita saling tidak memahami. Gittewwww.

--------------------------------------

Tetiba hari ni nak cakap pasal sedekah. Aku dari kecik lagi ayah aku ajar pasal sedekah ni. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu pernah ikut ayah aku gi pasar tani. Memang kecik lah, naik motor pun duk lam raga uolsss. So, kalau ada orang tua yang duk minta sedekah, ayah aku akan bagi duit kat aku, suh aku bagi kat dorang. 

Tu part ayah aku, kalau part ma aku pulok lagi rare. Time kecik dulu selalu gak merengek 

maaa nok duit 20sen nok beli cekedissss. 

Ma aku cakap, 

mama takdok duit, nanti mari fakir fakir miskin nok korek mano lah.

See? Alasan yang ma aku bagi tu tersangatlah menusuk kalbu. Masa kecik dulu tak berapa nak paham sangat. Bila dah tua bangka ni baru nak paham. Banyak pengajaran dalam tu. Tapi masa  kecik dulu memang ada orang-orang tua yang mai mintak sedekah kat umah, masuk lam kampung. Zaman dulu aku percaya dorang memang golongan fakir tapi zaman sekarang banyak yang menipu. Minta sedekah sebab malas kerja, berlambak-lambak yang pesen camtu. Sihat tubuh badan, umur pun bukan tahap atuk-atuk lagi, pakaian pun cantik je, bila offer kije taknak. Memilih!. Amboiiii banyak cantik. Ini bukan rekaan ek, ini realiti. 

Lepas tu belum lagi yang mintak sedekah pesen bawa fail ala ala letak resume tuh. Macam-macam pesen nak menipu. Bak kata laki aku,

 takpo itu urusan dio dengan Allah.

So, bila dari kecik lagi kita dah terbiasa dengan sedekah, insyaallah sampai ke tua pun kita akan jadikan benda tu sebagai habit. Jangan tunggu kita kaya raya baru nak hulurkan. Tak perlu, kalau pergi pasar malam, nampak yang takde tangan, takde kaki, hulur je kat dorang. Kalau ada balance 50sen, bagi je, ada singgit pun ok, lebih dari tu lagi tu Alhamdulillah, rezeki dia. Sebenarnya makin banyak kita memberi, makin banyak Allah bagi kat kita. Cuma mungkin kita yang terlepas pandang pemberian dari Nya.

Yang penting ikhlas. Jangan pulok korang mengharapkan duit datang berterbangan kat korang. Mentang-mentang tadi dah hulur pakcik tu 2hengget kan. Rezeki Allah kan luas, bukan dari segi wang ringgit je yer. So, lepas solat biasakan diri dengan sedekah al fatihah untuk ma ayah kita, yang masih ada atau yang telah tiada. Semoga Allah murahkan rezeki dorang. 

Yang paling penting, banyakkan senyum 

^___________________________^

So, bila terjumpa fakir tapi korang takde duit kecik, almaklumlah baru gaji, duit besar gedabakkk. Korang senyum jelah kat dorang, senyum senyum senyummmmmmmmm. 

Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu

1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang dimanfaatkn
3. Doa anak yang soleh

4 comments:

  1. Fuhh gila bermanfaat entri nih...ala kalu xde duit kecik bg jelah yg besar gedabak pun.haha

    ReplyDelete
  2. yeahh...jom bersedekah =)

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat cikji..
    tu lah...kite ne walaupon dah kawen nak jugak berkepit dgn somi duaplohpat jam..kalauu somi keje,cik pon lemas je..makan pon tak lalu...
    Part sedekah tu...cik pasti sume umat muhammad suke bersedekah..

    ReplyDelete
  4. cik ji, sama la laki kita suka main game perang gak... nway, skang ni nk sedekah pon dah jadik takut...sebab sindiket. espcially area KL. tapi sebenarnya mcm cik ji ckp la...banyak saluran sedekah ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...