Friday, February 28, 2014

pupuk budaya membaca di kalangan anak-anak



Parenthood giler tajuk entry aku. Ala mak mak yang anak 10.
Takpe yang penting kita bercerita based on experiance.

Bagi aku cara yang paling mujarab adalah

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

So, as a parent korang kena pupuk budaya ni masa anak tu kecik lagi, masa dorang masih lam perut of kos korang selalu duk baca ayat-ayat suci Al Quran kan. Bila dorang dah keluar pun, korang kena biasakan anak-anak ni dengan al Quran jugak. Jangan time duk peknen je duk baca Quran, sebab nak anak cantiklah, cerdiklah, mudah bersalin lah. Jangan niatkan semata-mata sebab tu  T____T

Korang pernah tengok ada satu video kat pesbuk yang ada budak pempuan duk atas riba ayah dia, ayah dia mengaji, dia pun mengaji sekali. Nampak sangat memang time ayah dia duk baca Quran dia pun ada setepek kat situ jugak. Sampaikan dia boleh hafal dah, wlaupun bacaan dia tak berapa tepat tapi as a parent memang bersyukur habislah.




Cantiknya anak-anak dara aku duduk camtu T__T

Okey itu bab Quran. Sekarang bab membaca buku yang bermanfaat. Harus cakap bermanfaat, sebab tak semua sesuai budak-budak baca. Nanti tak pepasal korang lepas je anak korang baca buku kat rumah, 

Nah baca lah buku-buku yang ada atas table depan tu, ibu nak masak.

Tengok-tengok anak korang duk hadap katalog pakaian dalam wanita, matikkkkk. 

Students aku bila dah setel semua exercise, sementara nak tunggu waktu break,aku aku suruh dorang baca segala buku cerita yang ada. Everday, start from last year lagi. So macam dah jadi satu habit untuk dorang. Tapi still ada yang bertanya,

Teacher, baca book ke?
Yes of course T__T

Dah nama pun budak, tanya perkara yang sama adalah perkara biasa.

Bila dari kecik lagi korang dah biasakan budak-budak dengan buku, dah biasakan bacakan buku cerita untuk dorang, dah kenalkan stationery kat dorang sebenarnya kita dah memupuk satu budaya positif untuk anak-anak.

But depends pada umurlah. Anak setahun dah bagi pencil nanti tak pasal-pasal tercucuk hidung pulok. Tapi parents zaman sekarang memang ramai mengajar anak-anak tapi sayangnya mengajar guna gajet. Aku tak cakap gajet ni tak bagus, gajet ni bagus TAPI ada baik buruknya sendiri. Kita sebagai mak ayah yang kena control benda tu. Fix kan masa tertentu untuk gunakan gajet , make sure korang ada sekali, kena guide dorang tengok apa. 

Pastu mula lah datang sekolah menangis, tak focus, jadik ganas.
Pastu parents pun mula lah tanya 

kenapa anak saya camni ek?
kenapa anak saya camni ek?

Jenuh cikgu-cikgu nak menjawab, nak carik jawapan.


Pengaruh tab, laptop, phone semua tu bagi kesan sangat kat budak-budak. Percayalah. Bila aku masuk bidang kerja ni, banyak benda yang aku belajar. 

Pertama sekali, jangan jadi parents yang demand, terlalu cerewet. Yang cikgu buat serba tak kena, semua salah cikgu. Anak korang je yang betul. Kalau korang camni, anak korang pun gitu-gitu jelah.

Yang kedua kena once korang dah hantar anak kat sekolah, lepaskan dengan hati yang terbuka. Jangan main tarik tali. Lepas ngan tak nak lepas sama banyak. Memang berat hati nak tinggalkan anak kat orang weh, aku yang takde anak pun aku boleh rasai. Macam mana tak meresap ke hati aku sebab pepagi sokmo duk tengok parents duk kiss anak2 dorang dengan penuh kasih sayang, dengan penuh harapan. Kekadang mai jugok rasa tacing T___T


Lepas hantar anak, korang pergi kerja dan buatlah kerja dengan seikhlas hati. Insyaallah anak korang pun akan dapat ilmu dan jagaan yang ikhlas dari seorang cikgu. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab tak semua guru ikhlas dalam memberi ilmu. Dalam list fren  fb aku ramai  sangat yang jadik cikgu, tapi sayangnya yang sorang ni sokmo duk cakap benda yang negatif jer pasal anak murid dia, duk merungut itu ini, anak murid perangai macam tu lah, kekadang berdiri bulu roma aku baca status.Sekali dua takpe lagi, kalau dah berkali kali ai ai ai. Benda macam tu tak sepatutnya di post oleh seseorang yang bergelar CIKGU. Kalau rasa tak tahan giler ngan kerjaya tu, berhenti jelah. Last sekali aku pun unfriend. 

Membaca status yang berbaur sumpah seranah umpat keji ni sebenarnya mengganggu emosi kita. Secara tak langsung menambahkan dosa pun yer jugak T__T


So kalau korang ada list fren yang pesen camtu ala, unfriend je.Tak rugi pun.

Aku kalau nak di postkan status pasal peel anak murid sampai ke malam tak habis. Tak mengajar lah aku. Dah nama pun budak-budak. Peel perangai dorang memang akan macam-macam.

Last sekali manjakan anak biarlah kena pada tempatnya.

Apa yang penting parents ngan teachers harus sama-sama mainkan peranan.
Jangan duk menunding jari je.

Aku kekadang ada jugak mai mood malas, huwaaa malasnya nak gi kerja. Tapi sedaya upaya berfikirkan positif. Ikhlas kan hati dalam bekerja, dalam memberi ilmu. Moga-moga 1 hari nanti bila aku punya anak, anak aku akan mendapat ilmu dari seorang cikgu dan cikgu nya akan mengajar dia seperti mana aku mengajar anak-anak murid aku sekarang. Aku mengaku memang aku garang, aku tegas tapi kekadang aku yang kena sakat ngan anak murid, apa kes? Hihihi

Doa anak-anak yang soleh.
Dari mana datangnya soleh?
Dari mak ayah yang soleh.

Bukan aku yang cakap tapi telebisin yang cakap.



Okbai

1 comment:

  1. yeah...cik pon suke membace...suke bace berita2 kat blog..suke bace info2 kat blog..skrang ne zaman dah conngeh kan cik ji..search je kat google sume keluar..banyak info dan maklumat yang kite boleh dapat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...