Kat rumah sewa aku nyamuk memang tahap berbilion gamaknya. Memang banyak giler lepas tu jenis spesis yang kecik je tapi tahap kegatalan boleh tahan jugak. Maybe sebab kat belakang tu hutan kot. So kira siang hari dia duk lam hutan, malam hari datang tido rumah aku. Amboi amboii banyak cantik kan.
Aku sebenarnya kekadang lemas jugak dengan ridsek dan segala bau bau yang spray ni. Boleh bikin kepala aku pusing. Sebab tu sampai sekarang kete laki aku takde pewangi. Ngeh ngeh ngeh. Kekadang dengan perfume orang pun boleh buat aku tahan napas lima minit. Kat rumah aku stock ridsek, pebreze, downy ada. Tapi agak lama jugaklah nak habiskan. Dulu sembur jugak perbreze kat tilam, sekarang baru tahu pebreze tu busuk hihi. Downy lagi wangi. So, lepas kemas-kemas, kita semburlah sikit downy. Kasi keluar bau-bau yang tak menyenangkan. Eh, nak cite menda lain, menda lain pulak yang aku tulis. Okey maafkan saya penunggu gua.
So, bila nyamuk dah tahap berbulu bulu ni, terpaksa lah jugok sembur ridsek. Laki siap beli ridsek yang paling besar lagi. Nampak sangat dia pun kemain berdendam ngan nyamuk tu haha. Kalau kat ruang tamu nyamuk jejarang je banyak tapi kat toilet lam bilik aku, fuhhhh memang tahap berdiri bulu roma lah. Ni kalau Puteri Gunung Ledang nak hati nyamuk boleh mai ambik stok kt sini gamaknya.
Bila nak maghrib mula lah nyamuk datang. Time tu aku dah sembur ridsek, malam sebelum tido sembur lagi, bangun subuh esok sembur lagi. Aku tak paham kenapalah banyak sangat nyamuk lam toilet bilik aku. Toilet kat luar takde sangat pun.
So kebetulan jumaat lepas, aku tengok cite yang KakTon jadi pengacara tu. Aku lupa dah tapi yang pastinya ada Kakton Kakton lah kat belakangnya.
Ada segmen-segmen. Sekali keluar segmen petua. Aku pun apa lagi. Tirulah weh. Hihi
Mudah je. Belah limau nipis kepada 2 bahagian. Lepas tu cucuk je bunga cengkih kat atas dia tu. Bau toilet pun jadi wangi. Aku letak lam toilet dekat maghrib dan memang betul-betul menjadik. Nak kata nyamuk takde sekor habuk tu tipulah kan. Nyamuk tetap ada tapi lam 2 3 ekor camtu je.Bangun pagi esok pun nyamuk takat tu jugak. Aku syak nyamuk tu selsema gamaknya -_-"
Aku biarkan je limau tu duk kat sini lam 4hari jugak sampai berkulat limau tu, hihi. Tapi wangi cengkih tu tetap ada. Memang menjadi yer petua ni. Sesape yang suka camping tu, bolehlah cuba petua ni time duk lam hutan.
Nyamuk dah start banyak balik, harus keluar cari stock cengkih. Orang cari cengkih nak masak, aku nak wat halau nyamuk. Takpe janji hidup tenang. Hihi Okbai!
Kena try ni...
ReplyDeletetq berkongsi ilmu. mesti cuba ni
ReplyDelete