Wednesday, October 1, 2014

Banyak cerita sebenarnya

Dah lama tak update blog. Mood menulis pun ada hujung-hujung tanduk je. Lagipun asik terkejar-kejar jer ngan duniawi, choi sangat. Sebenarnya kerja bertimbun, tak sempat nak menaip tapi yang penting hari-hari sempat je buka blog tapi baca blog orang, ngeh ngeh.

Takpe, jumaat sabtu ni kita menaip sampai lenguh tangan. Nampak gian sangat nak berblog ken. Lagipun kerja pun hampir setel. Kalau cakap setel tipu pulak sebab kerja ni sampai bila takkan habis. T_T

Mood beraya tak berapa nak feeling sangat. Tahun ni turn sebelah laki dulu. Mak okey jer. Balik kampung aku lewat pun takpe, tak payah nak siang siang daging bagai. Dasar sangat hahaha. Umah nenek sebelah arwah FIL aku tu lagi lah, jenis pesen mengoder je, nasi minyaklah, satey lah, tu aku kalau pergi raya sana siap boleh tertido lagi laki bini. Nak wat camne, kekenyangan kihkih. Dahtu takde orang sangat. Lagipun anak-anak dia banyak beraya kat sebelah luar, nasib baik ada cucu yang besar kat sini. 

Tapi nenek yang sebelah MIL dengar cerita ambik bahagian tahun ni. Tapi aku tetap selamat dari siang daging sebab mesti laki aku nak beraya kat sebelah arwah ayah dia dulu. Nak pergi melawat kubur dulu pepagi tu kan. Mesti dah tenghari baru gerak gi sana. Ker raya ke2? Ker camne? Yang tu kita diskas later. Chewah.

So, kesimpulannya bukan kita taknak siang daging tapi keadaan yang tak mengizinkan. :P
Sebenarnya aku tak berapa siang daging ni, kejap kan lintang urat lah apa. Boleh tapi take time lah sikit. 

Okbai!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...