Memusim cuti sekolah ni kenduri kendara segenap alam. Yang mana dapat pergi kita pergi je. Yang tak dapat tu, kita doakan dari jauh, gittewww. Aku suka gak makan nasi kenduri ni, bukan apa, aku suka tengok makanan kat tempat orang. Kalau orang kat situ, makanannya jenis camtuh, lauknya camtuh, kat sini camnih camnih. Kalau kenduri kat kampung sendiri dah boleh agak tuan rumah hidang apa. Huhu
Aku jenis suka yang style kampung, pure punya kampung. Ada ulam, budu, sambal tempoyak, sambal belacan. Yang ni kompem terangkat pinggan pergi tambah nasi. Dapnyaaaa. Lepas tu kat lam gulai tu pulok ada buah ara (sila google).
Kalau ada buah ara, memang aku cedok buah ara je. Takde daging pun takpe. Janji ada ikan kering. Very the kampung.
Ni juadah kenduri hari 1 Malaysia. Aku suka yang sambal bilis tu, sedap sangat. Lepas tu dia guna ikan bilis kecik. Lagi bertambah sedap sedap tuh. Nyumsss. Lepas tu yang paling sedap ada macam colek nenas. Aku tak tahu lah nama dia apa, ker memang colek nenas? Aku sedikit jakun sebab kat tempat aku takde menu camni. Masa aku sampai tu, aku tengok sorang makcik tu bedal semangkuk colek nenas ni. Amboiii makcik, ngidam ke apa?? Ekekeke.
Tapi memang sedap! Rasa berselera sikit ada masam masam ni. Tapi yang paling sedap ofcos air sirap. 3 gelas kompem. Panas punya pasal, huhu.
Okbai!
Mcm sy pun sy suka kalau lauk2 kpg ni...kalau ada rojak sayur kuah kacang lagi sedap
ReplyDeletebetul sis, kemain bertambah ken,hihi
Delete