Saturday, June 18, 2016

Lauk pauk Ramadhan

Salam Ramadhan. Kejapnya rasa puasa. Pejam celik pejam celik dah 13 Ramadhan. So, hari ni aku nak share lauk pauk sepanjang Ramadhan. Memula tu kononnya nak update tiap hari. Nak snap menu sahur ngan berbuka tetiap hari.Tapi sekadar atas angin jelah, malas lah pulok huhu. 

Banyak kerja, tido tak cukup. Kalau diikutkan aku tak berapa sangat lauk bazar. 1 sebab tak kena dengan selera, susah nak cari yang betul2 kena dengan tekak. 2 sebab mahal. Mahal tak sedap. Kalau mahal sedap berbaloi lah jugak. Tapi aku beli je kat bazar. Tengok keadaan lah orang cakap. 




Menu sahur day 1. 
ayam goreng + milo suam.



Menu berbuka day 1
daging kicap terlebih masin haha + sawi goreng + ayam goreng + sosej goreng untuk habiskan stok lam peti ais. Aku tak suka peram lauk lama-lama lam peti ais. 



Ni rasanya menu berbuka day 2.
ayam paprik + kacang panjang campur hati goreng kunyit.

Aku memang suka hati ayam goreng. Goreng garing pulak tu. Sedapnyaaa.


Air favourite laki aku. Air nyiur. Dia ni tetiap hari takpe minum air nyiur. So, untuk berbuka haritu aku just minum 2 teguk camtu je lepas tu sambung ngan air masak. Tak boleh lah minum air yang berat-berat camnih untuk berbuka. Rasa penuh je perut ni. Aku nak makan nasi banyak. Banyak aku tu dalam 2 senduk je. Kalau tibai air nyiur segelas, aku rasa 1 senduk jelah nasi yang aku mampu telan,

Kekadang aku wat 2 jenis air. Walhal untuk 3 orang je pun. Laki aku suka air yang bersusu camtu. Aku pulak suka yang plain je cam teh o ais ngan sirap cincau. Tu memang favourite. Stok cincau pun dah habis. Petang nanti kena pergi cari nih.



Ni plak menu berbuka umah MIL aku. Aku balik rumah pun dah 6lebih. So, mertua aku dah siap masak. Menantu hantu sangat, ekeke. Aku just beli kerabu ngan kuih muih je. Akok ngan murtabak.



Semua menu kat atas aku beli kat bazar.
Sup perut RM5 - Sedap, orang siam jual. Cukup rasa.
Ayam percik RM7 - Hmmm bolehlah.
Kerabu pauh RM3 - Sedap. Tapi aku sorang je makan. Tak habis huhu.
Ondeh-ondeh RM2 - Basi T_T Padahal dia buat kat situ, Aku rasa dia punya nyiur kot yang masam.



Yang ni masak.
Talapia goreng + sayur suhun + lala tumis pedas + ulam
Lepas tu yang nampak sipi-sipi tu kerabu pauh yang semalam punya. Simpat lam peti ais, nak buang sayang. Lastly buang jugak. Aku sebenarnya tak berapa nak makan sangat makanan yang semalaman lam peti ais. Bukan aku cerewet tapi perut aku. Sebagai langkah keselamatan baik aku jangan telan awal-awal. Cari penyakit namanya.



Ni menu berbuka semalam MIL ngan adik ipar aku sorang tu mai berbuka kat sini. Yang sorang lagi keje. Semalam berbuka 6 orang weolls. 2 orang lagi tu pekerja kat sini. 2x aku masak nasi semalam. MIL aku bawa lauk sesiap. Dia masak tomyam dengan udang goreng kunyit. Aku goreng ikan talapia je. Lepas tu laki aku ngn budak tu pergi bazar beli daging kerutup ngan ayam percik.Pisang tu aku yang sira. MIL aku makan, heee. Risau aku takut tak sedap. Tu pun mintak resepi lam group wassap family, haha.

Ulam jering, pencuci mulut tembikai. Aku buat 2 jug air, bandung cincau ngan teh o ais.  Sahur tadi aku masak daging kicap campur carrot sekali ngan bunga kobis. Stok lauk lam peti ais pun dah yillek. Petang nanti balik Pasir Hor. Berbuka kat sana pulak. 

Selamat Berpuasa. Puasa segalanya jangan tahan lapar dahaga saja ye. RUGI.

Okbai

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...