Saturday, May 28, 2016

Berbakti pada tanah


Assalamualaikum.

Tajuk entry hari ni very the makcik makcik kan. Aku sebenarnya suka bercucuk tanam ni. Rasa bahagia semacam je bila yang kita tanam tu hidup kan. Sejak duk tepi pantai ni bermacam-macam dah aku tanam. Haritu tabur benih bunga dalam pasu. Bahagia gila bila tengok berpuluh anak bunga menghijau. Sekali musim berangin tak tentu masa melanda. Rasanya haritu hujung bulan 12. Korang pepahamlah bila duk tepi pantai, angin tu datang bersama wap masin. Berangin kemain kuat, so habis anak-anak pokok bunga tu mati. Ada sepohon je survive, panjang adalah dalam sejengkal. Tapi dah berbunga, ngan hati aku terus berbunga. Ewah~ Tapi sebab penangan air masin tu lagi kuat, akhirnya pupus sudah pokok bunga aku. Tawar hati rasa nak tanam bunga.
Sedih!

Lepas tu semai anak pokok lada. Sebab wap masin, mati jugak. Walhal dah tanam belakang chalet. Tapi tetap mati maybe sebab anak pokok tu terlampau kecik. Kiranya takleh nak survive sangat kot. 

Lepas tu tanam pokok kari. Yang tu memang mati terus, haha. 

Ada tanam pokok serai jugak. Hidup tapi sampai sekarang takleh makan hasil, haha, Dahlah daun pun tak panjang. Tapi tak mati. Yang tu pun aku tanam belakang chalet jugak, nak elak angin air masin.

Yang latest tanam betik. Dalam 6 pokok.




Yang ni semua hidup ok, hihi.
Tapi ada yang tumbesaran okey je, ada yang terbantut. Tak cukup zat apa ntah, aku pun tak tahu.



Amboiii, yang tu kemain menjulang tinggi, tapi sayangnya majoriti yang aku tanam tu semua betik jantan T_T. Ikutkan hati nak tebang je semua yang jantan tu. Tapi dorang cakap jangannn. Boleh buat ubat. Mana tahu lepas ni tercari-cari ke, Kita boleh tolong setakat yang mampu. Baiklah saya tak tebang.


Pokok - pokok kat sini menghijau elok sebab yang ni jauh sikit dari pantai lepas tu terlindung ngan bangunan sarang burung lelayang yang bertngket-tingket tu. Keliling pun ada pagar simen. Kiranya tempat yang paling selamatlah untuk aku bercucuk tanam lepas ni. Kunyit, lengkuas duk lam kepala aku dah ni. Eh, aku pernah ikut laki aku masuk lam sarang burung lelayang tu, saja cari pengalaman baru. Boleh tahan busuknya.  Tapi takpe busuk yang berharga haha. Laki aku kemain relaks duk mengira sarang burung. Alah bisa tegal biasa sangat.




Sambil menyelam sambil minum air. Sambil g spotcek sarang burung sesambil g ambik jambu madu. Erm sedap sangat. Lebih kurang macam yang jual kat kedai tapi yang ni versi keciklah. Manis. Harus ambik guna tangga. Kerengga penuh. Sabar jelah. Yang ni aku tak tanam yer. Aku reti makan je. Area berdekatan yang pokok jambu ni lah terletaknya betik-betik jantan aku. Jantan pun jantan lah, dah nasib. 




Yang ni aku tak tanam. Ni naik sendiri. Pokok ulat bulu. Masa kecik suka jugak makan buah ulat bulu ni. Sedap, Masam masam manis gitu. Hihi.

Okbai!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...