Saturday, April 27, 2019

Rawatan HUSM 2018

 Walaupun perkara dan lepas tapi aku still rasa nak tulis kat sini. Ceritanya begini, bulan 11/2018. Aku sakit perut sebelah kanan, sekali dengan demam. Sakit yang dekat bahagian ovari kita tu lah lebih kurang. Bila aku cakap sakit perut nanti korang bayangkan usus pulak nanti. Aku sapu minyak angin tapi still tak jalan jugak. Sakit sampai kena baring dalam 1 posisi sahaja. Kaki tak boleh angkat. Bila sentuh, aku boleh rasa macam ada 1 ketulan. 

Ikut hati, malam tu jugak nak pergi HUSM. Tapi macam boleh tahan lagi. Aku tahan jelah. Esok pagi terus aku ke HUSM. so dekat sana aku cerita lebih kurang. Doc buat 2x ujian air kencing. Nak tahu pregnant ke tidak, lepas tu takut ada jangkitan apa2. Ambik darah sekali.

Masa tu aku period tapi hari yang ke berapa dah, means dah nak habis lah. Aku tak pregnant tapi ada kencing kotor. Lepas tu doc cek perut ngan tangan dia memula2. Lepas tu dia bawak aku scan. Bila scan, memang nampak macam ada benda. Tapi doc cakap dia pun xleh describe sebab bukan cyst or fibroid. Lagipun benda tu macam berada bawah lapisan kulit perut aku. Haaaaa giteww. Takut aku dengar. Nak nak lagi bila doc tu sebab perkataan cancer. Dia cakap bukan sebab benda tu tak berakar pun. besarnya lebih kurang ibu jarilah kot lebih kurang.


Doc tu pun tanya dah berapa lama kahwin dan bla bla bla. So, nanti next appointment aku kena datang untuk ambik darah cycle day hari ke 23 lebih kurang. 

Aku dapat ubat, doc cakap if sakit lagi sila datang. Aku ni jenis manusia yang sangat mendengar kata bila bab sakit. Bila doc cakap  kena makan sampai habis, memang aku akan habiskan. 

Datanglah aku untuk ambik darah for the next appointment. Banyak pulak, untuk hormon lah, apa lah. Nasib baik jenis urat tangan yang senang. Sekali cucuk terus jumpa.

Kena datang lagi for next appointment. Bila datang yang ni, doc cakap hormon aku ok. Cuma kolestrol je tinggi. Aku bincang2, aku pun nak transfer ker HRPZ. Doc pun tulis sepucuk surat untuk aku bagi dekat doc kat sana. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...