masa duk godek-godek blog tertiba jumpa satu segmen khas yang bertujuan untuk para bloggers saling kenal dan membantu antara satu sama lain terutama bloggers yang masih baru macam saya. Segmen Khas Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru dicetuskan oleh ar-rifke.com.jom join ramai-ramai !!!
1) Berapa lama dah blogging.
~ 32 hari
2) Kenapa suka blogging.
~ mengisi masa lapang seperti padang jarak padang terkukur.
~ minat menulis,dari kecik nak jadi wartawan tapi x kesampaian.
3) Blog kamu mengenai apa.
~ kisah hidup.
4) Harapan dalam dunia blogging
~ semoga jemari pantas menari seiringan dengan idea di minda.
Tuesday, May 10, 2011
Saturday, May 7, 2011
beriadah di kedai kuning pokok ceri
ini bukan main-main tapi inilah kenyataan.kedai tu memang bernama kedai kuning pokok ceri sebab kedai tu memang berwarna kuning dan terdapat sepohon ceri yang rendang dan tersangatlah cantik.masa pergi aritu lupa nak snap pic kdai dia,next time i'll ok.tujuan utama ke sana adalah untuk makan-makan dan tujuan kedua untuk balas budi baik budak 2 orang yang telah melipat-lipat kad kahwin kami. "buat baik dibalas baik,buat jahat biarlah Tuhan saja yang balas" siapalah kita nak menghukum sesama manusia,tak gitu nyah??
mukadimmah bersama penaja.
kami bakal pengantin yang malas nak hitung hari,
nanti makin hitung makin nervous la wei.
kalau tak percaya,cuba lah.
bila dah siap pilih seafood terus ambil ulam.terlupa nak snap pic bersama seafood sebab saya sangatlah leka memilih udang sebab dari hari tu lagi terbayang udang celup tepung nyum nyum..bersama my sis yang teruja memilih ulam dan yang my sis ambil itu adalah favourite my hero iaitu kacang yang berbotol-botol.*patutla dinamakan kedai kuning,kerusi pun kuning*
steambot yang sangat la sedap.cukup untuk 4 orang makan sekadar untuk alas perut jer untuk tunggu makanan lain sampai.tapi saya sokmo frust bila makan steambot kat sini sebab kangkung sokmo abih.maybe semua kangkung kena makan dengan kura-kura yang kelaparan di musim kepanasan kot.*patutlah dinamakan kedai kuning,semua pinggan pun kuning*
*patutlah diberikan nama kedai kuning,kucing yang terbuang pun berwarna kuning*
~meow meow ~
dimana-mana saja ada paparazzi
menci tau,nak makan pun xsenang T__T
mamarazzi bersama menu pada malam itu.
sotong + udang celup tepung, sotong berempah, ikan + sotong bakar
ulam-ulaman, tempoyak, sambal belacan dan lain-lain
orang area Kota Bharu pasti tahu lokasi kedai ni iaitu berdekatan dengan Wakaf Che Yeh (WCY).so, kalau nak pergi kena pandai memilih waktu sebab nanti jalan confirm jem dan tersangatlah jem sebab ramai yang nak pergi membeli dan membelah di WCY.hari tu kami pergi lepas magrib, jalan pun ok lagi dan yang pastinya lauk pauk juga masih banyak pilihan.ni kali berapa ntah kami makan ikan bakar kat sini, selesa kat sini sebab makanan dia tidaklah mahal sangat,standard hargalah dan yang pastiny sedap.service pun ok cuma haritu nasi lambat sampai jer.tapi tidak mengapa,janji sampai.
mo0d: bakal pengantin yang dalam kesibukan sikit-sikit sebab dalam proses bagi-bagi kad jemputan.persiapan yang lain so far, Alhamdulillah masih dalam keadaan terkawal.
~~bilalah berat badan aku nak naik ni,hukhuk :(
Tuesday, May 3, 2011
sehari di pulau perhentian
ingat tak zaman sekolah dulu cikgu selalu cakap,rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari..eh,apa kaitan pepatah tu dengan entri pulau ni?? selingan sikit supaya sel-sel otak kita selalu berfungsi,nanti duk berkarat kat situ,diri sendiri jugak yang susah.tu pasal mesej asyik duk pending jer kan..jom layan gambar dibawah ~
geng kapak ketika dalam perjalanan
mood: happy + sleepy *dah lama tak bangun kul 6pg*
geng kapak dah sampai kt jeti Kuala Besut
geng kapak dah bersedia nak belayar,jom!
peace no war
geng kapak mandi dengan riang gembira
terima kasih daun keladi, ada peluang nanti kami datang lagi.
snorkling *sian ikan,semua kebulur duk rebut-rebut roti*
geng kapak la sangat
*berjam duk berendam,bila naik ke darat,lapar tahap dewa semua
*time balik semua lena dibuai mimpi
*abis lenguh badan sebab asyik berenang.sila percaya kami pandai berenang!
*berlakunya kehitaman,kegelupasan dan keletihan.
lagi beberapa hari lagi aku nak kawen tp sempat lagi pergi ambik angin.tak mengapa,sambil hilangkan stress yang bakal muncul nanti.so far,persiapan 50%.yang lain masih dalam proses.kekadang rasa berdebar,kekadang rasa macam tak percaya "eh,betul ker aku ni dah nak kawen"kekadang tak rasa apa-apa weii seperti aku dibius cinta,hihi.
tapi itu semua adalah perkara normal bagi bakal pengantin.setiap orang akan merasai semua itu,mungkin cara mereka berbeza.besok nak keluar pergi cari barang-barang untuk hiasan hantaran.separuh dah beli,tinggal separuh jer lagi.saya decided untuk buat hantaran sendiri even diri ini tidaklah kreatif pun.saya merajinkan diri tengok contoh hantaran kat buku,cari kat internet tp tidaklah copy paste.sekadar ambik inspirasi dan cara buat gubahan dengan betul.masa majlis tunang dulu pun saya buat sendiri jugak,saya bukan melakukannya sendirian tapi dibantu my sis.kalau sorang,comfirm saya dah tempah.gua tak berani der buat sorang nanti tak pasal-pasal hiasan hantaran jadi hiasan pulangan,hakhak.
Subscribe to:
Posts (Atom)






