Monday, August 15, 2011

Nananana Ganu Kite

Ni adalah entri sebelum puasa arituh lagi. Takde masa nk publish post yang ni sebab malas nak transfer gambo, ngeh ngeh ngeh. Hari tu pergi ikut my hero ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, lokasi berdekatan dengan Pulau Duyong rasanya. Biasalah tiap tahun Digi/Happy akan buat makan-makan untuk dealers dorang. Tahun lepas buat kat kuantan, hotel apa ntah lupa tapi tak ikut sebab masa tuh tak kawin lagi, nanti tak pasal-pasal kena ketuk pintu hotel dengan pakcik yang pakai kopiah putih! Tahun ni Digi just buat lunch sahaja sempena meraikan dealers dorang yang baru dapat tahap gold.. No check in, just makang-makang saja maaaa.


Dah kata event Digi, airnya pun mesti kuning. Tapi air dia tak sedaplah! Air kuning ni bukan air yang bersih tu yer. Saya tak minum pun, bek g ceduk air mata kucing, lagi sedappp. Makanan memang banyak giler. Kambing pun ado, tapi saya ceduk mee goreng saja sebab mee gorengnya sedap pastu buh lauk ayam lah, sotong, udang, ohh sedap! Dessert dia berlambak memacam jenis kuih tradisional moden pun ado. Gambo makanan takde dalam perkhidmatan sebab sebab sebab perut lapar sangat, tak sempat nak snap.





Stage dorang pun biasa-biasa saja. Ada la beberapa bijik hamper dengan sijil untuk yang baru capai tahap gold dealers, kitorang yang dah dapat gold dealer just tepuk-tepuk jelah sebagai tanda sokongan untuk dorang. Sebenarnya untuk pantai timur sahaja tapi just Kelantan and Ganu je, Pahang xda. Maybe dorang buat  event kat tempat dorang kot. Mostly dealers Digi adalah chinese, ciput saja orang melayu, dorang punya runner lagi la ramaiiii chinese. Runner melayu boleh bilang.

Sesiapa yang maintain gold dealer sebanyak 10x = 5tahun turut-turut akan dapat ikan emas sebanyak 8ekor. Bukan ikan emas dalam air tuh tapi replika ikan emas yang diperbuat daripada EMAS! So haritu ada dalam 3 orang yang dapat, 2chinese 1malay. sekor ikan tuh berharga 1k. So kira la, 8ekor ikan emas = 8k. Harap-harap my hero dapat maintan gold dealer untuk 4tahun lagi, dapatla merasa ikan emas duk lam frame tuh,aminnnn.


Habis jer event terus kuar snap pic. Ri-Yaz Heritage ni adalah tempat untuk Monsoon Cup. Memang besar jugakla tempat nih, banyak je kapal layar duk kat tepi air tuh walaupun aktiviti belayar dah lama abis.



Kitorang balik ikut pantai, masa pergi pun ikut laluan ni jugak. Malas nak lalu jem kat jalan atas. Pastu singgah tepi pantai jap, walau dah makan tetap nak makan lagi.  Sebelah kiri sotong, sebelah kanan udang. Best sebab colek dia best. Next time boleh singgah lagi.



16 Ramadhan
Lagu raya dah keriangan di radio.

Sunday, August 14, 2011

“SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH"



CIKJI SEORANG YANG KIDAL.






p/s: nak join? klik saja dekat blog nad yang cumil ini.

berat yang tak pernah berat

Ramai orang selalu tanya saya, bakpo kurus sangat nih? Kekadang naik muak pun ada nak jawab soalan tuh. Lepas kahwin pun ramai yang tanya, aikkk dah kahwin tapi tak gemuk-gemuk jugak? Hmm apa kaitan kahwin dengan gemuk ek??? Lau si suami yang gemuk ada jugak sebabnya...sebabnya dah ada isteri yang jaga makan minum, so no wonder la kalau berat terus naik dan naik.



 Nih gambar masa umur 19 tahun, ohhh so budak-budak kan. Sekarang pun terasa macam budak-budak lagi,hahaha. Masa ni tengah partime, baru habis STPM. Kat tempat kerja ni jugaklah cinta saya dan encik suami berputik. Ehem ehem lari topik plak! Okey kembali kepada topik asal, masa ni berat saya hanyalah 38kg sahaja! yer,sila percaya. Memang kurus gila, lau pakai jeans memang lagi nampak lagi kekurusannya.

Nak kata saya tak makan, saya memang suka makan tapi saya tak suka makan nasi. Lebih kepada ktw goreng, tomyam, mee celup, yang berkuah camtuh memang pebret habis lah. Kalau makan kat luar, memang saya jaranggg amik nasi.

Masa duk kat UM dulu, pada tahun pertama memang  makan kat dewan makan. Pagi, tengahari, petang memang akan makan kat kolej. Asyik makan ayam jer, masa tuh berat naik lam 40 kg, balik kg mesti dorang cakap saya makin gemuk, ohh happy sangat rasa!  Fakulti dengan kolej kediaman dekat saja, 5minit pun sampai dah. So,balik je makan pastuh pergi kelas balik. Tapi masuk tahun ke2, dah mula muak dengan makanan kolej,hihi..Banyak makan kat fakulti, malam plak beli kat luar saja. Masuk tahun akhir lagi lah malas nak g dewan makan. Time lauk sedap jer pergi turun tapau, pastu makan luar, megi, milo. Selera makan ntah pape ntah.

 Masa ni saya sangat gemuk,sebabnya saya makan ubat untuk tambah selera makan. Macam sejenis pil gituh, bau herba dan orang cina yang buat. Memang selera membuak-buak lah. Pepagi lagi dah lapar, tengahari nasi, malam nasi pastu KFC pastu burger tepi jalan plak. Berat saya pun jadi 42kg, memang berat paling berat selama saya hidup 24 tahun ni. Saya telan kejap je sebab ma saya marah katanya takut efek kat buah pinggang. So saya benti dah start minum weightgain, habis 1tin tapi tak menjadi jugak. Orang tanya saya best ker susu weightgain, saya cakap besttt. Saya memang jenis suka minum susu, so on sajalah.



Dan ni adalah berat sekarang. Lau kira BMI memang underweight. Lagipun sekarang bulan puasa, memang turun mendadak habislah. Buka puasa still makan nasi even tak berselera sangat tapi kekadang tambah jugak haha. Sahur memang tak makan nasi just munim milo, kurma, roti, biskut camtu je. Just tengok je dorang makan nasi tapi takde selera lah kat nasi. Tapi sahur tahun ni memang baguslah berbanding tahun-tahun lepas sebab sebelum ni memang jenis tak bangun sahur! Tapi tahun ni bangun dan mungkin bangun sahur ni juga termasuk dalam salah satu hikmat perkahwinan saya. Lau tak kahwin kompensaya  tak bangun. Tak kisah la gemuk ker, kurus ker, janji kita dikurniakan kesihatan yang baik olehNya, aminnn.

14 Ramadhan dah, tak lama lagi nak raya.
Mood: baju raya tak beli lagi  :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...