Friday, October 5, 2012

kisah malam jumaat


Assalamualaikum

semalam ada majlis tahlil di rumah nenek aku
my FIL telah kembali ke rahmatullah pada 1/10/2012 pada jam 7.25 malam

jenazah dimandikan di hospital dan disembahyangkan di masjid yang  berdekatan 
masa jenazah dimandikan, semua anaknya boleh masuk
my husband ngan my adik ipar masuk, so sempatlah snap muka arwah
aku tengok pic tuh, terus tak lena tidur malam sekejap
ustaz dalam tu cakap, kalau nak snap boleh dan kebetulan ustaz tu kenal arwah

dalam pukul 12 malam jenazah dikebumikan
rasa macam tak percaya je aku pergi kubur pukul 12 malam
tapi bila ada kematian, semua perasaan takuit tuh dah hilang

aku sebagai isteri hanya mampu bagi kata semangat kepada suami
dikala dia kehilangan ayah yang tersayang, kalau ingat arwah, aku cakap sedekahkan al-fatihah

lagipun arwah my FIL  dah sakit lebih kurang 4 bulan
sekejap terlantar, sekejap boleh gerak pakai tongkat, sekejap boleh cakap, sekejap tak boleh
mungkin dah tiba ajal arwah, memula kena strok pastu masuk hospital
hari yang ke 4 berada di hospital, arwah meninggal
tapi meninggal dengan sakit jantung


okey, semalam masa majlis tahil,ada perkara yang menakuitkan aku
sila tengok gambar di bawah

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'




yang putih itu adalah sepupu aku
dia nak solat, so dia nak tutup pintu dulu
abangnya duk pegang kamera duk snap pic sana sini

lepas snap pic haruslah tengok dulu kan
bila tengok huuuuuuuu semua meremang okeh
lebih lebih aku

so kitorang yang pempuan duk soseh soseh la dulu
dorang cakap, jangan bising-bising, tunggu orang abis majlis tahlil dulu
lepas habis tu terus transfer ke laptop

nampak macam imej lelaki tua dikain sembahyang iteww
sebelum ni duk tengok kat tenet je yang orang lain punya cerita
tapi kali ni aku alami

aku sebenarnya hajat nak tidur kat umah nenek aku malam tu
tapi terus berubah fikiran pergi balik tidur umah sendiri.
malam ni la balik tidur umah nenek.

 Allahualam,


Tuesday, October 2, 2012

dapat 32 BE terus,ada apa yang tak kena ke?

Assalamualaikum

hari ni tetiba gedik tangan nak check nuffnang
pastu tetiba rasa pelik semacam je
kenapa banyak sangat duit ni?

aku tak pernah hayat dapat BE
selalu je duk dengar orang cerita pasal BE semua ni
sekali tengok banyak BE aku tapi kenapa tahun 2009
sedangkan aku start blogging 2011

aku pun bw pastu tetiba singgah ke blog Shida
dia pun masalah sama dengan aku
dia dah hantar tiket pertanyaan kat nuffnang, aku belum lagi





camne boleh jadi tahun 2009?
aku pun pelik





duit kat atas sekali berjumlah macam tu
kat bawah berjumlah macam tu
aku tak paham sebenarnya tapi takpe la, aku buat-buat paham
sebelum ni 9.40 sen je huhu

jap lagi aku nak hantar tiket pertanyaan kat nuffnang lah.

Monday, October 1, 2012

U untuk siput

Assalamualaikum

selamat hari isnin
rindunya kat my students huhu

so marila dengar cerita tentang anak murid aku. eh,bekas anak murid kot
si Haiqal ni dah habis baca pre reading book.
so,haruslah continue dengan Bacalah Anakku 1
bacalah beliau dengan kompidemnyaaaa

A ayam
A api
A abu

I itik
I ikan 
I ibu

U ubat
U ular
U SIPUTttt



haha aku terus gelak besar, aku pun tak tahu macam mana ulat tu dia boleh cakap siput
aku pun cakap la, "Haiqal tengok picture tu elok-elok, tu kan ulat"

nampak sangat masa dia duk reading mata ke lain, 
pastu bila baca mesti tengok kat aku
dia takut salah gamaknya.
sampai aku kena duduk belakang dia kekadang

"tengok dekat book, tak payahla tengok kat teacher"




Happy Birthday Nik Rafsanjani Haiqal
dah 5 tahun budak ni, tahun depan 6 tahun
nanti besar jangan jadi playboy ek. Ehhh Opsss

hari ni harijadi dia semalam aku dah bagi present awal-awal kat dia
sebab semalam kan last day aku kat tadika

dia ada cakap nak celebrate birthday 2x
1 dekat rumah, 1 dekat school

semalam mama dia duk text and call
"teacher,saya nak tanya ni bla bla bla..
..oooo dah kahwin rupanya haha"


"yer, tahun lepas lagi saya kahwin" haha jugakla aku kat situ

pastu text lagi
"thankz 4 everything, didik n sabar dengan dengan karenah haiqal..thankz again"

aku pun reply
"most welcome :)"

Alhamdulillah, semua parents students class aku jenis friendly, pastu baik hati, ada something call tanya dulu, bagi itu ini,  kekadang aku pulak rasa segan dengan parents. Students aku adalah amanah aku, aku didik dorang seperti aku didik anak aku, aku bagi kasih sayang pun sama seperti aku sayang anak aku. well..orang takde anak macam iolls, harus bajet anak orang pun anak dia kuikui.

Jom Like Suzi Shop

tudung bawal leopard yang santek just RM 14 sahaja



 
ada banyak lagi pilihan menarik di Suzi Shop



bawal 2 layer ni tinggal 5 helai je lagi

RM 24 hanya di Suzi Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...