Tuesday, January 5, 2016

Malam minggu

Cerita kepam basi sebenarnya ni. Duk peram kat draft. Nasib baik tak bertelur. Hujung minggu boring sebenarnya. Itu dulu yer. Sekarang hujung minggu tersangatlah bizi. Kekadang tidur pun terganggu. T_T



My demok duk hadap nasi hayam.



Aku macam biasa. Kerabu meggi all time.



Bersewi-sewi muka dapat makan kerabu meggi.
Hamboi nak jugak bersewi -sewi ala2 orang peknen gituh




Terliur ke tidok??

Maka itulah cerita kami laki bini dihujung minggu.

Okbai!

New chapter 2016


Assalamualaikum.




Tahun baru.

Umur baru.
Umur baru.
Umur baru.

Harus ulang banyak kali.

Okbai!


Friday, November 13, 2015

Majlis doa selamat sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama mencutikan diri dari blogging akhirnya aku munculkan diri. Memang betul orang cakap, blogging ni jugak memerlukan mood. Bukan main hentam keromo je taip entry. Ni cerita 3 weeks ago rasanya. Rumah kat kampung ada buat majlis kesyukuran sikit. Kali ni special sebab ada gulai kambing mbekkkk.

Sorry aku tak makan kambing. Alkisahnya masa tu aku kecik lagi dalam darjah berapa ntah. Darjah 3 camtu lah kot. Rumah nenek aku buat majlis makan-makan. Sembelih kambing lepas tu bila gulai semua tu masak, aku makanlah. Tapi aku takleh telan sebab dia punya bau tu Ya Allah punyala haiiii.

So, sampai sekarang aku takleh makan. Kekadang daging lembu import pun berbau ala-ala kambing jugak. Memang aku takleh telan. Nenek aku pun sama jugak. Aku ni menurun dia lah kot gamaknya. Haritu masa majlis kesyukuran ni buat 2 jenis. Kambing ngan lembu. Dorang masak kambing dulu lepas tu terus gulai  daging lembu. Means dorang tak basuh bekas tu.

Masa gulai lembu tu hampir masak dorang suh nenek aku try. Nenek aku cakap bau kambing ni. Bakpo? Geng suka kambing duk cakap takde bau pun.

Aku pun  kata, 

Takpo mek, mari ore try pulok.

Erm erm lah bau kambing, huhu. 

Tapi takde lah kuat  sangat. Lite lite gitu je baunya.







Gulai daging embekkk




Ayam kicap.




Acar timun rapuh kruk krak




Dessert
1. Pulut panggang
2. Tepung bungkus
3. Watermelon
4. Papaya


Satu lagi tertinggal nak snap, sambal belacan ma aku.
Ya Allah punyalah sedap!





Layan diri. Buat macam buah sendiri.Tetamu kenyang, kita sebagai tuan rumah pun happy.


Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...