Saturday, November 1, 2014

ABC DAN TOMYAM KUKUP

Ini semalam punya aktiviti. Bahagianya idup kalau tetiap malam boleh keluar camnih lepas tu belum sampai hujung bulan dah kena makan pasir, hahaha. Okey sebenarnya dah lama aku nak merasa ABC Kukup ni. Orang tu cakap sedap, orang ni cakap sedap. Okey okey kita try yer.

Dedulu aku dah pergi makan kat Restoren Kukup ni. Yang tempat dulu punya, lupa ntah orang panggil apa ntah kat situ. Yang dekat ngan kedai-kedai kete tu. Masa tu memang dia betul betul baru buka, baru bertapak. Kastemer pun tak ramai. Time tu makanan dia pun biasa-biasa je, takde lah sedap sangat pun. Masa nak bayar tu ahkak tu siap tanya lagi, 

Okey tak dik?

Aku jawab - sambal pedas sangat.

Takkan nak jawab, - hmm bolehlah kak. 
Nampak benar perangai spesis bertanduk kan?

So lepas tu aku tak pergi dah kat sini. Kalau terasa nak makan ikan bakar macam biasalah port aku laki bini --->  Ikan Bakar Wakaf CheYeh


Okey itu Kukup yang dulu, Kukup sekarang? Aku rasa dah cukup pemes, semua orang kenal. Retis pun ramai gi makan kat sana, Menteri pun ada, orang kiri kanan menteri pun join sekali. Geng JDT tak JDT pun ada jugak gi makan sana. Okey itu sumber yang aku tengok kat dia punya pesbuklah. Hihi

Sekarang dia beroperasi kat sini pulak, yang tempat dulu dah naik signboard restoren lain. Kat sini Jalan Dusun Muda eh nama dia? Parking dia, Ya Rabbi! Full bederettttt. Seberang jalan pun full. Kira nasib lah sapa dapat parking dekat-dekat nih.


Maafkan saya, pic tak berapa clear. Aku suka dia punya design, theme hitam putih. Simple. Asalnya rumah sebijik lepas tu dorang renovate, dalam tu dorang masak, buat air and cashier semua kat tepi rumah. 



Memang dah macam kenduri. Full!
Straight sebelah kanan tu pun full jugak.
Kitorang ambik port yang atas sikit, bawah bumbung.







Ada screen besar. Yeay tak payah pakai spec pun boleh nampak tapi gambar jelah. 
Tulisan tak nampak -_-"


Selfie jap, eheksss




Dorang punya menu. Rege stendek je. 




Okey ni ABCnya. Aku share ngan laki aku je. Yang 2 lagi tu adik ngan kakak aku punya. Kitorang ralit jer duk tengok dorang wat ABC. Cekap. Adik aku siap suh gi ambik video lagi. Tak nak lah gegirl, malu, hekhek. Lepas dah mesin ais tuh, dorang akan kikis ais ais kat tepi tu nak bagi nampak cun macam gunung. Cepat giler dorang wat keje. 

Tapi bagi aku ABC dia biasa je, aku suka yang aunty tu punya lagi. Ala aunty yang petang-petang sekali ngan nasi kukus kat Jalan Kebun Sultan tu. Tapi lain orang lain seleranya kan?



Aku order ktiow tomyan, adik aku pun sama. Kakak aku order tomyam campur ngan telo dadar. Laki tak makan, kenyang. Memula sampai ktiow tomyam dulu. Yang kakak aku punya boleh tahan lambat jugak. Kitorang dah makan separuh baru sampai lepas tu dia punya telo dadar sampai kesudah tak sampai-sampai. Migrain dibuatnya. Stress telo dadar tak sampai. Haha.

So, next time kalau datang situh lagi kena tanya awal-awal

Kalau order telo dadar agak2 sampai tak??

Tapi tu lah, dah terlalu ramai kastemer pun susah jugak. Walhal goreng telo dadar tu 5mins je pun. But issokey. Yang penting tomyam dia sedap! Pedas! Alamak tetiba kecur air liur pulak dah. Kuah aku memang banyak tak habis semalam sebab kaw sangat, pedas pulak tu, campur pulak ngan panas kan. Eiii dapnya. Memang rasa halia, serai. Perfecto!

Lepas ni kompem aku mai sini lagi, ngeh ngeh ngeh.




Kuetiow tomyam - 2
Nasi tomyam campur - 1
Teh o beng - 1
ABC eskrim - 2
ABC biasa - 1

Total RM34.


Okbai!

1 comment:

  1. Sedapnya Tomyam + ABC tu.....

    Boleh tahan jugak harga dia ekkk....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...