Wednesday, August 10, 2011

0808 : selamat hari lahir sayang sayangku

Tarikh yang sangat cunggg 08.08
besday 2 orang yang amat bermakna dalam hidupku





SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU YG KE 65 (08.08.1946)

ayahku yang berbaju merah sedang menyarungkan cincin kpd lelaki yang berbaju cream :)
ayahku tetap ensem pewwitt pewwitt walaupun dah berumur dan mmpunyai 9 org anak, 3 org menantu, 6 orang cucu.






 HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN DANISH
3 YEARS OLD ALREADY! (O8.O8.O8)

Even dah 3years old tp still macam baby,suka menangis yang ntah apa-apa
mengalahkan adiknya.









~ moga mereka berdua sihat-sihat selalu
~ panjang-panjang umur selalu
~ semoga danish mnjd cucu yang terbaik utk atuknya
~ semoga danish menjadi anak sedara yang terbaik utk cikjinya :)

Sunday, August 7, 2011

kek gula hangus


Salam ramadhan

Dah lama duk salin resepi kek nih tapi takde masa nak masak.Hari tu balik kg, gunakan masa emas itu untuk mencuba resepi ini. Petang tuh pergi supermarket jap dengan my hero pergi beli soda bikarbonat sebab bahan ni jer yang takde kat umah, yang len sume ada. kalau dah nama lelaki, soda bikarbonat pun dia ingat tepung gandum, yelah putih melepak duk lam bekas kecik.

Lepas berbuka tuh, lam kul 8 lebih terus mulakan operasi (kantoi tak g terawikh!). bedegung bedegang sambil mata tengok resepi, lau tak tengok resepi bukan setakat kek gula hangus, dengan periuk-periuk pun hangus silah haribulan tuan pun hangus T_T. Kejap jer buat, tak sampai 20minit pun pastuh terus perap aduan tuh dalam peti. 2 jam kemudian keluarkan terus kukus. Mood memang berdebar yelah 1st time buat takut tak jadik. Lam 15minit camtuh saya buka tudung periuk tuh.

Saya: Abang, asal kek sy buncit kat tengah, nape buncit tak rata??
Suami: Syg letak soda tuh banyak sgt kot (mentang2 tadi dia baru tahu apa itu soda bikarbonat)
Saya: Saya ikut acuan yang betul dah, 2 sudu kecik.
Suami: hmm tak payah risau la,jadinya kek tuh.

45minit kemudian, ambik garpu and cucuk kek, tak melekat means dah masak. Tutup api dan telengkupkan panan-panas camtuh. Pastu terus potong! Terus rasa dan resultnya sedap! sejibik rasa cam yang selalu kitorang tempah. Sebab tiap kali raya memang kitorang tempah 2 biji. sebiji tak cukup. Terus bagi encik suami and adik rasa, sedap kata dorang,hikhik. Potong banyak-banyak terus letak bawah saji. Bangun jer sahur tinggal 3 slice jer lagi. lakuuuu! Ma kata next time kena wat banyak sikit sebab tak cukup. Nanti raya ni wat jugak. Yes madam :)



tQ Myresepi for the yummy cake!

Monday, August 1, 2011

ramadhan al mubarak

selamat berpuasa semua.

semoga ramadhan kali ni memberi 1001 makna kepada kita semua

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk ramadhan kali ini.


moga kita sama-sama mendapat barakahNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...