Saturday, December 8, 2012

sesak napas

Assalamualaikum
Bagusnya aku, malam buta baru update. Ini maknanya mata tak ngantuk lagi. Eh, sekarang musim orang demam demam selsema selsema ek? 

 Seminggu kemudian *eh,macam telemovie melayu la plak* 

Nak dijadikan cerita masa tu aku tidur Machang, laki aku tidur Ketereh *Ohooii tidur asing asing, gaduh letewww* Amboiii asal tidur asing je gaduh, fikiran langsung tak remaja okey, tapi memang dah tak remaja pun, menuju ke arah kertu dah -_-" Bangun esok pagi terus aku rasa hidung aku meleleh leleh, apakah itu? Selsema datang rupanya. Tapi bila selsema aku rasa macam napas aku tersekat je, nak bernapas pun tak syok.

Kuwus: Abang, saya rasa sekarang ni saya bernapas macam tak lepas je
Demok: Tanda tanda dah tu, len kali derhaka la lagi *kejamnya statment laki aku*
Kuwus: Nanti bila saya takde, abang ampunkan segala dosa saya tapi saya tak nak maapkan segala kesalahan abang huahua

Korang pepaham la bila selsema ni, hingus duk melekat je, dats why nak bernapas pun tak selesa. Tadi aku telan ubat gasrik yang kaler putih tu, aku suka sebab bila minum terus rasa berangin je tekak ni, hihihi.. Hilang kejap aku punya selsema. Adakah penyalahgunaan ubat namanya itu? Selsema tapi telan ubat gastrik. Lagipun tu ubat gastrik aku masa 2bulan yang lepas kot.




Motip malam malam buta upload gambar meggi ketam? Maknanya aku ada keinginan ke arah itulah, huahua. Takpe, esok lusa aku nak pergi makan,

okbai.

Thursday, December 6, 2012

sooo mabuk mabuk


Assalamualaikum

Tahniah untuk diri sendiri sebab dah pregnant *okey ini tipu* hikhik. Alaaa relaks la, asal mention mabuk mabuk mesti pikir peknen je, sedih aiolsss yang tak peknen lagi ni :(

Ada orang yang mabuk laut, mabuk udara, mabuk darat *aku lah ni* Aku memang spesis mabuk darat. Tengok bus pun boleh buat aku rasa mual, giler saiko punya bus. Ada satu malam tu kat traffic light, sebelah kanan ada bus, sebelah kiri ada treler yang bawa kete banyak banyak tu. Aku pun cakap kat laki aku "pening la saya tengok sebelah kanan, tengok sebelah kiri terliur la plak" Nanges laki aku dengar haha




Tetiba rasa kesopanan dan kesusilaan la plak, free without makeup. Aku lately rasa malas sangat nak tepek tepek bedak. Kekadang aku rasa muka aku rimas sangat bila ada bedak eyeliner sumer tuh. Tapi depends la plak, kalau ada majlis kawen, aku letak la jugak sikit sikit. Karang nampak selekeh sangat, bagi  aku jangan selekeh, asal simple, boleh?

Sebenarnya aku nak cakap aku mabuk tengok tudung tudung pelangi ni haaaaa. Boleh bikin aku pengsan diluar kawalan. Ni yang 2nd batch dah. Yang minggu lepas1st batch punya dah sold out semuanya. Yang 2nd batch baru je upload semalam, tapi tinggal 3helai je lagi yang still available, Alhamdulillah rezeki. Insyaallah kejap lagi nak ambik stock pelangi lagi, harap-harap ada kaler yang gojes gojes belako. Bawal plain pun aku nak restock untuk 2nd batch jugak. Nanti aku nak rembat la selai dua hihi.




Walaupun bisness aku takde la kencang sangat tapi aku bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi. Bagi aku, dalam perniagaan ni, biar untung sedikit asal berpanjangan, jangan untung besar tapi sementara. Kalau nak
cepat kaya, pergi rompak bank la broooo ekekeke.




Aku rasa dalam bidang niaga niaga semua ni aku banyak belajar dengan laki aku. Laki aku cakap, setiap perniagaan mesti ada keuntungan. So, pandai pandai kita lah nak bawak untung tu ke mana. Apepun yang penting kena berusaha, kerana usaha tangga kejayaan. *masa sekolah dedulu sokmo nampak kata-kata ni kat dinding sekolah*

okbai.


Tuesday, December 4, 2012

my little girl

Assalamualaikum

Aku sekarang mood tersangatla dalam keadaan tingtong. Aku nak cakap yang aku rindu la kat my werk werk ni. Dua hari lepas aku mimpi dia lagi. Masuk yang ni dah 3x kot aku mimpi dia. Tapi kali ni aku mimpi yamg dia tersangatla demok, muka bulat. Sampai aku pun tak cam dia lagi, bila aku tanya "nama sape?" dia pun cakap "yaya".Ohh my werk werk lah. Tang suara memang takleh tipu sebab comel sangat!!

Nampak gayanya aku kena g melawat tempat kerja dulu. Dapat peluk cium dia terubatlah rindu aku.





Macam mana aku tak geram, punyalah comellll.




"yaya anak sape?"
"anak tecer suzi" 
Ohmaigad rindunya dengan kata-kata tu.


Nak baca entry berkaitan my werk werk ni boleh klik kat labels Little Caliphs :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...