Thursday, February 7, 2013

Pelupa


Assalamualaikum

Hari ni dah khamis ek, cepatnya masa berlalu kan? Aku tahun ni baru masuk umur 26 tahun tapi spesis pelupa yang amat macam orang umur 50 tahun gamaknya!

"tok pelik kalu g shopping mall tengok-tengok kelik sore, anok tok tahu mano"

Amboiii, abang sedap mengata saya yer, laki aku macam tu lah. Tapi masalahnya memang aku jenis pelupa pun,haha.

Kejadian 1.
Kami laki bini pergi Mydin lepas tu banyak jugakla barang yang beli, aku ambik la t-shirt putih kosong yang macam orang cina suka pakai tu kan. Laki aku suka pakai baju tu sebab kain jenis tak panas.  Beli 1set dalam tu ada dalam 3pcs macam tu rasanya. Memang aku ingat aku bayar tapi bila balik rumah, selongkar balik apa yang dah dibeli tapi sampai kesudah aku tak tahu kat mana aku letak, puas dah aku fikir.

Kejadian 2.
Aku hilang kad atm. Fuhhh yang ni memang kes berat sungguh. Kitorang kan suka keluar lewat malam, aku jenis keluar memang bawa diri je, ic pun tak bawa *kalau kena saman dengan polis matik aku* Kalau nak pergi bank malam buta memang aku bawa card atm seketul jelah. Seingat aku lepas pergi atm malam tu card atm aku terus hilang, memula tu ingatkan ada kat celah-celah kete. Seminggu lepas tu gelebah cari, tapi tak jumpa. Dekat sebulan baru sempat pergi buat yang baru. Nasib baik jumlah duit tak berkurangan,fuhh selamat.



Sementara tunggu turn di bank, kita breakfast dulu.

Bila aku fikir balik, aku pelupa sebab aku pandang remeh pada hal-hal tersebut. Kiranya malas nak letakkan bebetul lam otak ni, lau letak pun, letak sipi-sipi je. Haa lebih kurang camtu lah. Bab letak barang lagi lah, memang pelupa. Maa aku selalu membebel,kihkih. Aku rasa aku harus berubah untuk menjadi tidak pelupa lagi.

Orang cakap kita pelupa sebab suka makam kepala ikan kan? Boleh percaya ke? Tapi memang aku suka makan kepala ikan talapia goreng, sedap hangat!

okbai.

Wednesday, February 6, 2013

Selera blog berubah selepas kawin

Assalamualaikum

Eh, jap jap. Bukan nak cerita pasal selera makan ni tapi pasal selera blog. Blog juga mempunyai selera tersendiri, sesiapa yang ada blog je memahami bagaimanakah selera blog itewww.

Aku sebelum kawin dulu tak layan sangat blog makmak ni, layan blog anak anak dara je, bajet hot sangat kan layan blog anak-anak dara,hihi. Tapi kalau blog anak teruna dengan blog bapak budak aku payah sikit nak terpikat, kalau aku layan maka adalah cerita yang menarik disebalik tu. Baru aku perasan kat side bar aku ada seketul je blog laki, hahaha *lambai-lambai tangan kat Remy Ishak sikit.*

*bloglist masakan pun ada jugak yg bapak budak punya, tapi yang tu kita cerita lain kali yer*


Macam mana aku tak layan, blog dia tu penuh dengan makanan je, asyik-asyik entry yummy, selang 2mins yummy yummy lagi *okey,selang 2mins tu aku tipu* Bila dia cerita sal makanan yang  kat atas flight, aku pun berangan duk atas flight jugak, eh sabar jelah kan -_-'

Okey,berbalik kepada cerita asal. Lepas kawen ni aku banyak layan blog makmak. Kat side bar aku " I Read Them" majoriti yang dah beranak pinak, lepas tu hotmummy sangat! Aku suka baca blog camtuh, sedikit sebanyak memberi aku ilmu dalam mengharungi rumahtangga dan membesarkan anak-anak. Hooiihh, susah wei nak membesarkan anak-anak. Korang ingat senang ker? Lepas tu terus berfikir, macam mana la ma kau boleh jaga kami 9beradik ni, hebak hebak!

Eh, yang blog anak dara pun aku layan jugak. Bila baca mesti teringat memori masa mudamuda dulu,hikhik. Tapi..  tapi ..tapi..bila baca mesti bajet nak kembali ke zaman dulu-dulu pulok doh. Haaa camne tuh?

okbai


Tuesday, February 5, 2013

Baju baby memang homey-homey


Assalamualaikum

Semalam pergi shopping membeli baju baby untuk kami hadiahkan kepada anak sedara yang ke7. Yang ke7 ni boboi. Jawabnya nayli seorang lah anak sedara gegirl kami.

Semalam kitorang adik beradik pergi Anakku. Memula nak beli hamper yang dorang dah siap packing lepas tu pekerja dia cakap boleh je nak pilih barang-barang and diorang akan packing.

So, kitorang pilih barang sendiri. Lagi jimat, lagi puas hati :)
Rambang mata tengok baju baby gegirl grrrrr
sabar jelah ek.




Kemain kitorang 5 beradik semalam.
Lepas tu beli hamper share la 5 beradik, hahaha jimatttt
itulah keuntungan bila adik beradik ramai, jimattt sangat kihkih



Gewam hangat!

Ni anak sedara yang duduk paling dekat sekali, My akak ipar cuti 3bulan je. lepas tu kena kembali bertugas ke Penang. So, mak dia yang akan jaga. Dekat je ngan umah kitorang, nanti bolehla cikji gi culik hakim sokmo yer hikhik


Nik Muhammad Hakim.

OKbai
Suka boleh like :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...