Friday, May 9, 2014

semalam punya cerita #terobek


Semalam ada trip. Takde lah penat sangat tapi agak penatlah jugok. Petang tu sampai terseliuh peha aku, kremmm weh. Bebudak kemain hepi melompat-lompat. Tecer tecer pn 2x5 jugok hahaha. 

Pics beratus ratus tapiiiii tak larat nak transfer masuk lagi. Nanti mood rajin datang yer.




Ni pic masa pagi lagi, otw pergi. Kemain fresh lagi. Masa balik dah macam belacan budu dah semuo. Ngan berpanas berpeluh. Huuu lemau semua. 


okbai!

Wednesday, May 7, 2014

sempena musim panas

Nah ambik segelen sunquick, kitew belanja hikhikkk.

Banyaklah hikhikkk peng sedas baru tau. Tapi tulah, musim panas ni, kejap kejap kang nak minum air. Air masak, kejap air manis, air batu, semua telan. Camno nak ganti puasa nih *alasan*. Sesape yang belum menggantikan puasa, marilah kita berpuasa together-gether. Gittewww. Aku tunggu cuti skolah lah kot, sekarang tak leh, nanti pengsan ditengah jalan.





Time duk mengemas umah terjumpa pin besar gedabak nih. Aku pun tak tahu laki aku beli kat mana. Katanya tu time jaman muda mudi dulu. Jaman rock and roll lah sangat. 




Berurat giler tangan aku macam tangan orang tuo. Tapi memang dah tuo pun. Sookey sookey , yang penting jiwa muda hahaha.





Amboi kemain cahaya menembusi ai waktu ai minum air tebu. Bestnya air tebu pokcik tu. Kalau dulu time balik keje selalu gak menyinggah, tapi sekarang balik keje dah guna jalan lain, maka susohlah sikit nak membelinya.




Okbaiii ~

Monday, May 5, 2014

lama tak nampak

Memalam buta baru ada mood nak hapdate blog. Heaven giler cuti kamis jumaat sabtu ahad. 4hari weh! Besok senin maka back to basic lah yer. Huuu 

Sekarang musim panas berdenting. Ke kat tempat aku je camtu? Ya Allah, memalam pun membahang jugok panasnya. Semalam dah membuta depan telebisen dah aku laki bini. Memula tu bajet nak tido jap je sambil layan cite. Sekali terlelap weh, tersedar je aku terus aku masuk bilik. Tinggal laki aku sensorang membuta kat luar, ekekeke.

Malas nak kejut, kalau kejut pun bukannya dia nak bangun pun. Lam bilik lagi membahang walaupun kipas dah depan muka. Kat luar okeylah sikit. Takde lah rasa lemas sangat.



Panas-panas ni tekak ni asik nak minum air sejuk je. Jap jap minum air batu, memang bertambahlah keboncitan perut iolsss. Kat atas tu air tebu, fuh memang manis melenting ting ting. Time bulan pose memang jadi pebret aku lah. Original manis, takde campur air gula amenda. Cukup rasa! Dahla murah, sebekas tu singgit je weh. Sekarang ni mana nak cari air tebu original singgit. Kat pasar maybe ada tapiiii dah dicampur air gula senduk dua.




Disebabkan kamis tu cuti, malam tu aku ajak laki aku lepak kat luar. Ambik angin luar sejuk sikit. Makan ABC bertambah sejuk tapi takde lah sejuk sangat pun. But its okeylah dari terperap kat lam umah. 




Close up sikittt. Nyumsss sodap lah pulok.
Memalam buta pun layan lagi ABC ni.

Okey, sekian cerita pendek.
Nak masuk tidur.
Besok bekhojelah kitewww.

okbai!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...