Monday, September 8, 2014

Resepi agar-agar sumi lintang pukang


Tajuk entri pun dah haru biru. Apatah lagi resultnya kehkeh. Btw bawa bertenang, keep calm and lets read my entry, chewah! Omputih lah pulok.

Bahan-bahan simple saje.


Agar-agar tali 30gram
1 tin susu cair.
Sepeket sumi.
1 1/2 cawan gula.
10 cawan air.




Perasa laici ngan rose.
Perisa papepun takpe. Hentam saja yang mana ada.




Memula susun sumi macam pic kat atas tu yer.
Nak susun camne pun takpe, ikut kreativiti korang. Lepas tu masukkan lam freezer biar sumi tu keras.



Then panaskan air ikut sukatan, bila gelegak masukkan agar-agar ngan gula.
Gelegak then masukkan susu cair. Kasi kacau.




Agar-agar ni jenis berlapis. So aku masukkan dalam jug terus baru masukkan sirap secukup kaler.
Tapis dan tuang dalam loyang. Kena tuang slow-slow biar make sure sumi korang tu tak terapung. Make sure sumi tadi betul-betul beku baru lah cun melecun!

Lepas tu masukkan lam freezer, yang lebihan agar-agar tadi biarkan di atas dapur dengan api yang kecik. Agak-agak yang lam loyang tadi dah keras, tuangkan lebihan agar-agar tadi. Slow-slow yer. 
Aku punya out, habis lintang pukang aku punya sumi sebabnya tak cukup keras.




Amboiii kemain sumi aku berenang merata tempat. Its okey. Practise make perfect. Len kali kalau nak buat, aku nak bekukan sumi tu semalaman, pagi esok baru buat. Biar kejung sumi kat lam loyang tu. Huhu



Taraaa ini hasilnya.
 Dengan 30gram agar-agar tu aku dapat 2 bekas.
1 loyang bulat, 1 bekas tuppeware. Banyak! 

Okbai!

Sekian dari cikji yang moodnya sekarang pun lintang pukang jugek.

Saturday, September 6, 2014

Resepi kek sunquick kukus



Dah lama tak share resepi kat sini. Walau bagaimanapun harus share jugak sebab nanti bila nak buat balik, aku mengagau cari resepi kat dalam blog sendiri jugek. Kek sunquick ni sedap, masam-masam  sudah tentu. Bagi sesape yang dah boring dengan kek yang manis-manis boleh lah try buat yang ni pulak.




Lupa nak save, main print screen lam ig jer. #cikjimasak
Ni 1st time buat tak berapa nak kick sangat sebab sunquick tak cukup.
MIL aku cakap tak berapa masam sangat. Telus sangat, aku suka hihi.
Laki aku tak berapa kek yang cenggini. Huhu
Yang 2nd time buat baru kick, kemain masam, sodap!


Buat yang kali ke2 memang betul-betul ikut sukatan. Rasa pun sodap lah. Aku bukannya makan sangat pun. Suka buat je, hihi. Lepas tu wat balik mache sikit, letak kat rumah sikit. MIL aku je yang habiskan, semalam baru habis. Dah seminggu aku buat tapi kek tu still elok lagi. Terkezut jugak aku kan. Lagipun letak kat luar camtu je.

Bagi sesape yang nak mencuba, follow je resepi kat bawah yer. Ringkas je, sebab tu nama group tu resepi ringkas.Tapi aku buat versi kukus. Dalam 45 minit camtu. Mekaseh tuan empunya resepi, moga murah rejeki awak :)




Lepas tu cara senang nak kukus, bila kukus biasanya wap air akan mentitik-nitik masuk lam loyang kita kan. Tak payah sesusah nak balut tudung ngan kain, tak payah sesusah balut loyang ngan aluminium, wat penat je tau. Ambik tudung periuk, tutup je loyang kita ngan tudung periuk tu, setel!

Itu akak-akak lam group Resepi Ringkas tu yang ajar. Memang menjadi. Aku suka masuk group tu, memacam ilmu baru yang dapat, cuma malas ngan rajin je. Ekekeke.

Okbai!

Friday, September 5, 2014

hari jumaat


Hari jumaat means hari tergolek-golek lepas setel segala kerja rumah. Tadi aku sempat tergolek jap je, tak berapa nak lena sangat pejam mata petang-petang ni. MIL ngan demok aku dah lama duk kroih kroih.

Elok je 3 beranak berbaris depan telebisen, telebisen tengok weollsss.
Aku pun bangun, makan nasi. Agak lewat sikit makan harini,
maklumlah tadi dah bedal mee goreng 2pinggan.
Huhu




Ni pic minggu lepas punya. Balik mache, aku pergi ngap mee kari. Yumssss masih terasa kelazatannya. Tapi haritu tukar selera, tak ambik mee tapi kuetiow kecik. Dapnyaaa weh!



Datang sini mesti oder pakej air kopi terus. Haritu ada jer snap pic semangkuk kuetiow kari tu tapi tak save ker apa. T__T.

Takpe next time snap bebanyak lepas tu abadikan kesedapan tu kat lam blog.





As rikues, mee goreng. Asalnya aku rikues teh tarik ngan roti canai kosong tapi tak dapek lah. Opkos tido tu lagi penting bagi diaaaa. Takpe besok kita rikues lagi. Sambil-sambil hantar MIL gi kerja pagi esok kita singgah cari  teh tarik ngan roti canai kosong. 

Sejak pindah rumah baru ni tak penah lagi kuar bekpes kat luar. Wiken je dapat kuar bekpes. Kalau hari bekerja memang tak dapek lah. Nanti kang tercekik nak kejar masa. Kita tengok besok dapek ker tidok. Kalau tak dapek, boikot tak nak masak mee goreng selama sebulan! Huahuhaua.

Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...