Friday, August 21, 2015

Meroti canai.


Rutin hari Jumaat macam biasa. Bangun pagi mendobi jelah. Biasanya 1 bukit jer tapi minggu ni 2 bukit baju kotor. Lepas tu ajak laki den pi makan rati canai kosonggggg. 


Pebret dulu kini dan selamanya.
Teh ais satuuuu.

Kalau overdose minum mula rasa macam tak sedap badan.
Hangin je rasa. Hangin dalam pewot yer.
Bukan hangin makin hamun orang. Huhu

Sebab tu kekadang skip jugak sehari. Tahan napsu. Esok minum lagi. Lusa minum lagi. Tulat tu skip. Lepas tu minum lagi. I kennot tahan. 




Jemput minum ^___^


Yang kuah campur den punya.
Kuah dal laki den punya.



Abe Mat Kedai Kopi. 
Port ujung minggu aku laki bini. Dekat je ngan umah aku. Merempit 5mins je.



Total : RM5

Roti canai kosong - 2
Teh o ais - 1
Teh ais - 1

Okbai. Happy Friday !

Tuesday, August 11, 2015

Raya kan sebulan

Assalamualaikum.

Setelah 2bulan menyepi im back! Lama giler aku tak blogging. Nak buek camno keadaan tak mengizinkan. Bulan puasa haritu lagilah takde masa. Aku sebenarnya tak puas lagi beraya. Raya haritu macam sekejap je. Tak tahu sebab kita raya hari jumaat ker. Masa jadi singkat kan. Tahun ni kita #teamrayakampungsuami.

Tahun ni aku macam lebih cool down je. Takde nak rushing balik kampung aku. Relaks je. Faktor usia gamaknya haha. Pagi tu balik kampung laki aku. Beraya dalam 2 buah rumah. Lepas jumaat dah sampai Machang. Gitulah kalau dekat kan. 



Tahun ni theme grey. Sebenarnya ada cerita sedih disebalik baju raya aku. Tapi malaslah nak cerita kat sini. Aku pakai je pagi raya tu. Nasib baik sedap pakai. Baju tu pun dapat 2hari sebelum raya.



6 jenis je biskut raya kat umah ma aku. Yang kalerful tu semua berisi dengan kudapan. Kekacang, popia, kerepek dan sewaktu dengannya. Coco crunch pun ada tau, hihi. Walhal banyak lagi jenis balang tapi aku sengaja ambik yang ma aku baru beli kihkih. Lagipun tu bekas plastik. Kalau terjatuh dek bebudak pun takpe.



Uniform raya ke 2. Aku laki bini sarung baju tahun 2012 rasanya.
Sedang elok je muatnya. Aku jarang baju raya berpasang2. Biasanya 2 pasang je. Tahun ni sepasang je. Busy punya pasal. Selipar raya pun pergi cari sehari sebelum raya. Nasib ada yang berkenan tapi yang tinggal pun sample punya. Aku rembat gak sebab bekenan punya pasalkan. Huhu.


Moh ler kita pergi beraya. Aku adik beradiks. Aku terlindung di sebalik watermark. Muka macam mak lampir. Kasi katup jelah haha.



Rumah pertama. Mache - Tanah Merah hampir sejam. Kebulur sensorang. Mengadap nasi dagang.
Rumah ke2 katup. Mak sedara aku pergi rumah anaknya.
Rumah ke3 lupa nak snap gambar. Rakus makan satey haha.



Tahun ni busy carik duit lebih. Macam tahun lepas aku jual biskut. Alhamdulillah tahun ni capai target yang aku nak. Aku bukan buat sendiri tapi aku jadi agent je yer.  



Lepas tu tahun ni up satu produk baru. Popia nestum hihi. Tahun lepas buat untuk makan je. Tahun ni adik aku pun tak kije. Aku pun ajak dia mengulung popia. Alhamdulillah sampai sekarang pun ada lagi yang order. 

Btw selamat hari raya.
Maaf zahir batin.

Okbai!

Friday, May 8, 2015

Membahang

Cuaca sekarang ya ampun. Panassss. Pagi petang siang malam tengah malam memang panas. Tidur pun tak berapa nak lena sangat huhu. Kalau hari cuti memang pulun mandi. Hari bekerja sabar jelah. Duk lam aircond pun boleh berpeluh. Nak wat camne aku kije bukan duk statik je tapi fleksibel. Pepaham jelah. Kejap sana kejap sini. Kejap bangun kejap duduk.

Aku ni memang spesis kurus cekeding tapi aku jenis yang cepat berpeluh. Tapi alah kepada sejuk. Kalau aku cakap aku sejuk, maknanya memang sejuk aku tu sampai ke tulang sumsum lah.

So sekarang ni gi keje pakai baju pilih2 fabrik lah jugak. Biar tak cantik asal selesa menyerap peluh. Pakai tudung pun pin depan sebab senang nak kipas-kipas tudung bagi angin masuk, kahkah. Dah macam makcik jual goreng pisang pun ado -_-"

Okbai!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...