Tuesday, April 30, 2013

English cotton paisley,murah murah.


SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY


Yang lain semua available kecuali white out of stock.

  1pcs Rm75 free postage sem.
  3pcs Rm 60 free postage sem
   5 pcs Rm 55 free postage sem.

*sabah sarawak + Rm5/pcs....019 986 4684 (whatssap or sms only)

Monday, April 22, 2013

usaha untuk pregnant #4 -aku dah agak pun

Assalamualaikum

Sila baca link dibawah untuk pemahaman yang lebih jitu,hamboiii kikiki

usaha untuk pregant #1
usaha untuk pregant #2
usaha untuk pregant #3


Okey,kita sambung lagi ek. Alkisahnya bulan 3 aku langsung tak periodddd. Nak kata tertunggu tu tak lah jugak. Dengan erti kata lain aku wat bodoh je.

Hanya orang yang pernah frust je paham perasaan ni semua. UPT tu semua malas dah aku nak fikir, aku pernah cakap kat laki aku, kalau sampai masa saya muntah pening loya, maybe petanda lah tu. Kalau sekadar lewat, hmmm tak payah mengharap lah bang.

Kebetulan awal April hari tu laki i admitt kan. 3malam aku kat sana, aku ada terpikir jugak, pregnant ker aku ni. Tak pernah sampai skip sebelum ni. Pastu aku buatlah perhitungan sendiri, Kalau peknen dah sebulan lebih TAPI aku langsung tak rasa petanda apa-apa pun. Memang sedikit penat, tapi masa tu kan aku stay kat hospital jer, korang paham-paham jelah jaga orang sakit nih.

Lepas laki i discharge, esok lusanya aku pun period. Okey, tak sedih pun sebab sebelum ni dah pernah merasai kesedihan yang lagi sedih dari itu! Tapi period kali nih, hoih..punyalah mengancam. Sakit perut mengalahkan apa. Masa maghrib aku rasa sakit sakit, aku sapu minyak panas kat perut, just sapu je, takde urut apa pun. Lastly aku boleh lenaaaa.

Takpe, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Insyallah cukup 2tahun (bulan6 nanti), aku akan berusaha cara hospital pulak. Rasa macam tak sedap hati lah, risau takut penyakit singgah. Sekarang ni penyakit macam-macam. Yang utama adalah cyst. Takpe, yang pastinya aku dah bersedia mental fizikal untuk hadapi semua tu. Insyaallah.

okbai.

Sunday, April 21, 2013

Usaha untuk pregnant #3


Assalamualaikum

Boleh refer link kat bawah dulu,

Usaha untuk pregnant #1
Usaha untuk pregnant #2


15.januari.2013

Okey, aku sambung la pergi berurut untuk kali ke 2 plak. Bila pergi, biji yang ada dalam perut aku sebelah kanan semakin mengecil, memang aku sendiri dapat rasa. Lepas tu rupanya ada lagi sebelah kiri, aku dah lama tahu, tapi aku ingatkan tu salur najis kita ker apa sebab bila lepas berak dah tak rasa dah, kalau beberapa hari tak berak memang akan rasa lagipun bentuk biji tu memanjang gituh. Aku memang risau lah kan, dia pun cakap nak urut betis aku, *dont worry,laki aku ada sebelah* 

Kat betis aku memang macam ada urat bersimpul,sikit je.Bila aku lenguh-lenguh, aku urut sendiri memang rasa lah urat tuh. Dia cakap kebiasaanya kalau ada biji dalam perut memang akan ada urat bersimpul kat betis. So, dia urut untuk ilangkan simpul-simpul tu semua.

Okey, bulan 2 aku datang period. Tapi bulan 3 aku langsung tak datang period! Before ni aku memang takde camnih, biasanya sekadar lewat je, takde la sampai tak datang langsung. Amboi period, dah tak sudi ker?? Ko mampu bertahan tanpa guna pregnancy test walaupun hati tengah meledak dah.

Tapi aku mampu, kenapa?? korang baca sini ek --> HERE



To be continue, okbai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...