Saturday, September 20, 2014

Nasi kenduri

Memusim cuti sekolah ni kenduri kendara segenap alam. Yang mana dapat pergi kita pergi je. Yang tak dapat tu, kita doakan dari jauh, gittewww. Aku suka gak makan nasi kenduri ni, bukan apa, aku suka tengok makanan kat tempat orang. Kalau orang kat situ, makanannya jenis camtuh, lauknya camtuh, kat sini camnih camnih. Kalau kenduri kat kampung sendiri dah boleh agak tuan rumah hidang apa. Huhu

Aku jenis suka yang style kampung, pure punya kampung. Ada ulam, budu, sambal tempoyak, sambal belacan. Yang ni kompem terangkat pinggan pergi tambah nasi. Dapnyaaaa. Lepas tu kat lam gulai tu pulok ada buah ara (sila google).

Kalau ada buah ara, memang aku cedok buah ara je. Takde daging pun takpe. Janji ada ikan kering. Very the kampung.






Ni juadah kenduri hari 1 Malaysia. Aku suka yang sambal bilis tu, sedap sangat. Lepas tu dia guna ikan bilis kecik. Lagi bertambah sedap sedap tuh. Nyumsss. Lepas tu yang paling sedap ada macam colek nenas. Aku tak tahu lah nama dia apa, ker memang colek nenas? Aku sedikit jakun sebab kat tempat aku takde menu camni. Masa aku sampai tu, aku tengok sorang makcik tu bedal semangkuk colek nenas ni. Amboiii makcik, ngidam ke apa?? Ekekeke.

Tapi memang sedap! Rasa berselera sikit ada masam masam ni. Tapi yang paling sedap ofcos air sirap. 3 gelas kompem. Panas punya pasal, huhu. 

Okbai!


Thursday, September 18, 2014

button follower hilang

Sebenarnya dah lama button follower aku hilang. Memula lenyap lepas tu timbul balik lepas tu lenyap timbul lastly tenggelam tak timbul-timbul dah. Aku ada baca hilang tu sebab google upgrade pemende ntah. Malas aku nak ambik tahu, huhu.

Takpe, yang penting aku ada tempat nak meneruskan hobi, mengisi masa lapang, even tulis pasal menda yang ntah pape ntah, dah lah banyak syok sendiri huahua.

#sayasukablogsaya
#awaksukablogawak
#gittewww


Okbai!

Monday, September 15, 2014

Sama

Ni pic a few weeks ago. Masa pi pekena nasi ulam cikgu. Bila tengok pic ni tetiba aku rasa muka aku ni macam kopipes ayah aku sangat. Ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasik sendiri. Dalam 9 beradik aku sorang je yang mewarisi kekidalan ayah. Tapi ayah aku terror kira-kira. Aku ngek sikit bab kekira ni tapi kalau kira duit aku suka, huahahaha.



Sian ma aku macam tak rela je bergambar je, tapi memang dia tak rela pun. Kehkeh. Kena paksa ngan anak-anak. Kihkih. Ma aku memang susah sikit kalau di ajak bergambar. Agaknya masa jaman muda mudi dulu jenis kaki selfie ni, so macam dah boring ngan aktiviti camtu. T___T

Ayah pulok mata tengok ke lain, nak wat camne panas ceng ceng weh masa ni. Aku ngan adik aku gak yang menten sengeh. Haha.

Demok aku selalu duk cakap,
sebijik macam ayah, serupa ayah tapi muka jelah. Kuat membebel ikut ma. Hahaha.
Well, dah nama pun pempuan. Kalau tak membebel bukan pempuan namanya tapi perempuan dan dot dot  dot. Alaaa aku membebel bukannya banyak pun, 2 3 kerat ayat je, wat habiskan air liur je kalau potpetpotpet bebanyak ni. Air liur pun habis, penat pun dapat.So, kita ambik jalan penyelesaian dengan mengeluarkan ayat wajib iaitu,

eiii sokmo gituh.


So, 3 perkataan hikmat tu mengandungi 1001 maksud tersirat. Masa pun jimat, hahaha.
Sekian sedikit tips rumahtangga dari ahkak Bunga Kantan.

Okbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...