Monday, August 29, 2011

salam lebaran

selamat hari raya aidilfitri untuk rakan bloggers
andai ada tersalah tulis
tersalah faham,
makan di hari ry nt berpada pada lah,
jangan lupa pada yang tiada.

Saturday, August 20, 2011

"JOM JOIN BLOGLIST CIK IDA"


klik banner untuk join !

expired: 30 ramadhan

meh join mehhhh ~



'Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL'..


klik banner untuk join!

expired: 25 ogos 2011 

Thursday, August 18, 2011

Oh,kidal rupanya!

2011 baru aku tahu rupanya 13 0gos merupakan Hari Kidal Sedunia. Aku tak pasti sama ada hari kidal ini baru wujud atau dah lama wujud atau mungkin juga aku yang tak menyedari kewujudan hari tersebut.

Secara kasar 15% penduduk dunia adalah orang kidal. Kelemahan orang kidal adalah cenderung berasa malu dan rendah diri terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan dan diperkatakan oleh mereka.
Mengikut kajian, mereka yang kidal hidup kurang 7-9 tahun dari manusia biasa. Apapun, ajal maut ditangan Tuhan. Info ni aku ceduk dari Pesbuk Orang-Orang Kidal. 

Kat situ dia tulis yang orang kidal ni hidup kurang 7-9 tahun dari manusia biasa. Kiranya orang kidal ni manusia luar biasa la ek? hmm camne tuh, cer jawab cer jawab.

Dalam 9 orang adik beradik, kiranya aku seorang sahaja yang mewarisi kekidalan daripada ayah aku. Best ker jadi kidal? Bagi aku, biasa saja tapi pada pandangan mata orang mungkin kidal ni pelik. Time zaman sekolah dulu, bila duduk dalam kelas, mesti aku duduk di sebelah kiri, yelah masa sekolah dulu, meja dua biji dua biji macam tuh. Kalau aku duduk sebelah kanan, kompen siku aku kena kawan kat sebelah. Tapi meja kat unibesiti lagilah..meja memang khas untuk orang menulis tangan kanan jer. Memang aku akui sedikit tidak selesa tapi lama kelamaan dah jadi terbiasa dah.


Tengok, ada seorang gadis kidal yang terpaksa menyerongkan badannya lebih daripada orang lain. Tapi gadis itu bukan aku, Inilah adalah gambar perhiasan semata-mata. Credit to google.



Tapi, best jugak jadi kidal ni. Aku ingat lagi masa kat sekolah rendah, time waktu rehat, tangan kiri duk menulis, tangan kanan pegang keropok lekor. Duk bertungkus lumus siapkan homework yang tak siap,hihi.. Lau tak siap tak pasal kena berdiri dalam kelas. Oh sungguh memalukan. Masa kat dewan kuliah plak, tangan kanan duk makan biskut,tangan kiri duk ligat salin nota kat depan,  kelas pagi tak sempat nak breakfast. Ada jugak kawan-kawan aku yang tengok aku kidal, dorang akan kata,

Oh, kidal rupanya.
Boleh tulis guna tangan kanan?
Try tulis.

Aku pun tulis, dorang pun tulis jugak tapi pakai tangan kiri. Pastu kitorang pun compare pastu gelak-gelak sebab tulis buruk sangat, hehe. Tapi kidal aku tidaklah teruk sangat sebab aku just guna tangan kiri untuk menulis dan sewaktu denganya sahaja. Yang lain semua guna tangan kanan, pakai jam,bawa beg,dukung baby,pegang senduk, pakai cincin, pakai gelang kaki, sepak bola, boleh dikatakan 90% guna tangan kanan kot. Sekarang pun dah habis belajar, ada jugak orang aku kidal. Bila customer mai topup, aku akan tulis balance kat buku, pastu mesti aku akan sengetkan buku tuh, ramai jer customer dari golongan pakciks akan cakap oh ngiri ruponyo. Kat Kelantan kidal digelar ngiri maybe singkatan dari perkataan kiri. Ramai orang akan cakap orang kidal ni pelik tapi bagi aku, kitorang ni normal saja, tapi ada jugak tabiat pelik aku iaitu suka baca paper dari belakang, aku akan jumpa info sukan dulu berbanding berita utama padahal aku bukannya minat sukan pun.


Kalau ada bloggers kat sini yang kidal jugak, jom pakat like Pesbuk Orang-Orang Kidal nih. Pakat berkumpul kat sana memeriahkan wall left-handed :).


Kidal ke,kanan ke,kita tetap orang Malaysia~

Wednesday, August 17, 2011

What We Call "Megi Campak-Campak"

satu untuk dia, satu untuk saya..sama tapi tak serupa.


Tuang minyak,tak leh campak,bahaya!
Campak bawang putih + bawang besar
Tuang air, tak leh campak bahaya!
Campak kari
Campak udang
Campak megi extra pedasss
Banyak sangat aktiviti campak disitu,
thats why digelar megi campak-campak :)

Oh! sungguh berasap pedas!


SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"



Nama panggilan Blogger        ~ cikji
Tarikh mula berblog               ~ 10/4/2011
Rakan blogger terkini             ~ 209 orang
Target tambah rakan blogger ~ 30 orang (lagi ramai lagi bagus!)




klik banner untuk join!
credit untuk belog cik rosS lagi :)





Saya nak join bloglist Lily



klik banner untuk join,
credit to blog cik rosS.


Monday, August 15, 2011

MENCARI BLOGGER KREATIF


Klik banner untuk join :)

Nananana Ganu Kite

Ni adalah entri sebelum puasa arituh lagi. Takde masa nk publish post yang ni sebab malas nak transfer gambo, ngeh ngeh ngeh. Hari tu pergi ikut my hero ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, lokasi berdekatan dengan Pulau Duyong rasanya. Biasalah tiap tahun Digi/Happy akan buat makan-makan untuk dealers dorang. Tahun lepas buat kat kuantan, hotel apa ntah lupa tapi tak ikut sebab masa tuh tak kawin lagi, nanti tak pasal-pasal kena ketuk pintu hotel dengan pakcik yang pakai kopiah putih! Tahun ni Digi just buat lunch sahaja sempena meraikan dealers dorang yang baru dapat tahap gold.. No check in, just makang-makang saja maaaa.


Dah kata event Digi, airnya pun mesti kuning. Tapi air dia tak sedaplah! Air kuning ni bukan air yang bersih tu yer. Saya tak minum pun, bek g ceduk air mata kucing, lagi sedappp. Makanan memang banyak giler. Kambing pun ado, tapi saya ceduk mee goreng saja sebab mee gorengnya sedap pastu buh lauk ayam lah, sotong, udang, ohh sedap! Dessert dia berlambak memacam jenis kuih tradisional moden pun ado. Gambo makanan takde dalam perkhidmatan sebab sebab sebab perut lapar sangat, tak sempat nak snap.





Stage dorang pun biasa-biasa saja. Ada la beberapa bijik hamper dengan sijil untuk yang baru capai tahap gold dealers, kitorang yang dah dapat gold dealer just tepuk-tepuk jelah sebagai tanda sokongan untuk dorang. Sebenarnya untuk pantai timur sahaja tapi just Kelantan and Ganu je, Pahang xda. Maybe dorang buat  event kat tempat dorang kot. Mostly dealers Digi adalah chinese, ciput saja orang melayu, dorang punya runner lagi la ramaiiii chinese. Runner melayu boleh bilang.

Sesiapa yang maintain gold dealer sebanyak 10x = 5tahun turut-turut akan dapat ikan emas sebanyak 8ekor. Bukan ikan emas dalam air tuh tapi replika ikan emas yang diperbuat daripada EMAS! So haritu ada dalam 3 orang yang dapat, 2chinese 1malay. sekor ikan tuh berharga 1k. So kira la, 8ekor ikan emas = 8k. Harap-harap my hero dapat maintan gold dealer untuk 4tahun lagi, dapatla merasa ikan emas duk lam frame tuh,aminnnn.


Habis jer event terus kuar snap pic. Ri-Yaz Heritage ni adalah tempat untuk Monsoon Cup. Memang besar jugakla tempat nih, banyak je kapal layar duk kat tepi air tuh walaupun aktiviti belayar dah lama abis.



Kitorang balik ikut pantai, masa pergi pun ikut laluan ni jugak. Malas nak lalu jem kat jalan atas. Pastu singgah tepi pantai jap, walau dah makan tetap nak makan lagi.  Sebelah kiri sotong, sebelah kanan udang. Best sebab colek dia best. Next time boleh singgah lagi.



16 Ramadhan
Lagu raya dah keriangan di radio.

Sunday, August 14, 2011

“SEGMEN : GUA KIDAL KE GUA KANAN KE, GUA PUNYER SUKA LAH"



CIKJI SEORANG YANG KIDAL.






p/s: nak join? klik saja dekat blog nad yang cumil ini.

berat yang tak pernah berat

Ramai orang selalu tanya saya, bakpo kurus sangat nih? Kekadang naik muak pun ada nak jawab soalan tuh. Lepas kahwin pun ramai yang tanya, aikkk dah kahwin tapi tak gemuk-gemuk jugak? Hmm apa kaitan kahwin dengan gemuk ek??? Lau si suami yang gemuk ada jugak sebabnya...sebabnya dah ada isteri yang jaga makan minum, so no wonder la kalau berat terus naik dan naik.



 Nih gambar masa umur 19 tahun, ohhh so budak-budak kan. Sekarang pun terasa macam budak-budak lagi,hahaha. Masa ni tengah partime, baru habis STPM. Kat tempat kerja ni jugaklah cinta saya dan encik suami berputik. Ehem ehem lari topik plak! Okey kembali kepada topik asal, masa ni berat saya hanyalah 38kg sahaja! yer,sila percaya. Memang kurus gila, lau pakai jeans memang lagi nampak lagi kekurusannya.

Nak kata saya tak makan, saya memang suka makan tapi saya tak suka makan nasi. Lebih kepada ktw goreng, tomyam, mee celup, yang berkuah camtuh memang pebret habis lah. Kalau makan kat luar, memang saya jaranggg amik nasi.

Masa duk kat UM dulu, pada tahun pertama memang  makan kat dewan makan. Pagi, tengahari, petang memang akan makan kat kolej. Asyik makan ayam jer, masa tuh berat naik lam 40 kg, balik kg mesti dorang cakap saya makin gemuk, ohh happy sangat rasa!  Fakulti dengan kolej kediaman dekat saja, 5minit pun sampai dah. So,balik je makan pastuh pergi kelas balik. Tapi masuk tahun ke2, dah mula muak dengan makanan kolej,hihi..Banyak makan kat fakulti, malam plak beli kat luar saja. Masuk tahun akhir lagi lah malas nak g dewan makan. Time lauk sedap jer pergi turun tapau, pastu makan luar, megi, milo. Selera makan ntah pape ntah.

 Masa ni saya sangat gemuk,sebabnya saya makan ubat untuk tambah selera makan. Macam sejenis pil gituh, bau herba dan orang cina yang buat. Memang selera membuak-buak lah. Pepagi lagi dah lapar, tengahari nasi, malam nasi pastu KFC pastu burger tepi jalan plak. Berat saya pun jadi 42kg, memang berat paling berat selama saya hidup 24 tahun ni. Saya telan kejap je sebab ma saya marah katanya takut efek kat buah pinggang. So saya benti dah start minum weightgain, habis 1tin tapi tak menjadi jugak. Orang tanya saya best ker susu weightgain, saya cakap besttt. Saya memang jenis suka minum susu, so on sajalah.



Dan ni adalah berat sekarang. Lau kira BMI memang underweight. Lagipun sekarang bulan puasa, memang turun mendadak habislah. Buka puasa still makan nasi even tak berselera sangat tapi kekadang tambah jugak haha. Sahur memang tak makan nasi just munim milo, kurma, roti, biskut camtu je. Just tengok je dorang makan nasi tapi takde selera lah kat nasi. Tapi sahur tahun ni memang baguslah berbanding tahun-tahun lepas sebab sebelum ni memang jenis tak bangun sahur! Tapi tahun ni bangun dan mungkin bangun sahur ni juga termasuk dalam salah satu hikmat perkahwinan saya. Lau tak kahwin kompensaya  tak bangun. Tak kisah la gemuk ker, kurus ker, janji kita dikurniakan kesihatan yang baik olehNya, aminnn.

14 Ramadhan dah, tak lama lagi nak raya.
Mood: baju raya tak beli lagi  :(

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?



Best x? best ker tidak?
Hanya anda yang tentukan.



jom join bloglist miss nadya


klik banner saja untuk join!
expired before 14ogos jam 12 tengah hari.

duk bw tetiba nampak kat blog cik bunga rosss, credit to her!

Saturday, August 13, 2011

si comels mahu mandi.

Kena letak comels ni dalam bekas yang kecik sikit,baru senang nak mandikan mereka. Mandi ala kadar camtuh je. Lau bersabun bersyampo nanti tak pasal-pasal esok pagi terbungkam mati. Mandi just untuk segarkan bulu-bulu dia dan agar mereka sentiasa wangi even kekadang musuk menusuk idung la  jugaks.

saya pun nak doodle alif ismail

Nak sangat doodle dari Alif:
Sebab tiap-tiap malam mimpi doodle,
sahur nampak doodle,
buka puasa nampak doodle,
ohhh sungguh tragis bukan??

Biru mata hitam doodle ku :)



kecik nak bagi kad raya laa



klik banner untuk join!
mudah saja!
yuhuuu mood raya makin terasa dengan kehadiran kad raya!






saya mau join bloglist cik ross



klik banner untuk join !
syarat dia simple mimple saja!
cepat sebelum 21/08/2011 !
sebelum jam 12tengah malam berdetik !

Friday, August 12, 2011

trilogi cinta for the 2nd time :)

Sekarang TV1 siarkan ulangan trilogi cinta,fuhhh cerita ni memang best,menusuk kalbu habislah. Sampaikan ma saya kat kampung pun join sekali! Tapi untuk siaran ulangan ni, jadi cerita peberet mak mertua saya pulak. Dulu mak mertua saya tak sempat tengok sebab pukul 11pagi duk memasak dah. Sekarang bulan ramadhan kan, so duk depan tv jelah time tuh.

Saya pun join sekali, walaupun dah tahu jalan cerita dia camne,hehe..watak Norjinah yang dilakonkan oleh Fauziah Gous memang bagi impak yang besar. Even dia berlakon cerita lain, saya still nampak Norjinah dalam diri dia. Sebagai gadis yang lemah lembut, very the kampung, pakai t-shirt besar dengan kain batik without mekap.




Masa sekolah dulu pernah la jugak baca novel ni tapi just yang tengah tu jer, Tak Semanis Impian. Patutlah kat depan tuh dia letak cover tangga rupenya si Salmi mati jatuh tangga. Memandai je saya wat maksud yang tersiratkan, hentam sajalah labuuuu. Yang berkaca mata itulah Sharifah Abu Salem, memang novel dia letup-letup habislah!

Salam Ramadhan Yang Ke-12 (eh,lagi 17 hari nak raya ek?horeyyy!)


Thursday, August 11, 2011

dessert simple mimple

Sape kata orang laki tak pandai masak?Sape kata orang laki pandai makan je?Sape kata  lelaki yg monopoli bidang masakan?Ohhh itu saya yang kata sbb mostly chef adalah lelaki. Contoh: Datuk Chef Wan. Lau omputih punya Chef Jamie Oliver! Sesapa yang suka tgk channel 703 memang banyak chef laki je yg masak.



dadih perisa coklat vanilla hasil air tangan suamiku, itu pun setelah mendapat guide yang terbaik dari isterinya lau x, jadi air milo la jawabnya dadih tu.

bila keboringan melanda lebih-lebih lagi time jalan jem,apsal la muka aku pucat sangat,hukhuk


p/s: setakat ni rancangan peberet saya adalah ketuk-ketuk ramadhan :)

Wednesday, August 10, 2011

0808 : selamat hari lahir sayang sayangku

Tarikh yang sangat cunggg 08.08
besday 2 orang yang amat bermakna dalam hidupku





SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU YG KE 65 (08.08.1946)

ayahku yang berbaju merah sedang menyarungkan cincin kpd lelaki yang berbaju cream :)
ayahku tetap ensem pewwitt pewwitt walaupun dah berumur dan mmpunyai 9 org anak, 3 org menantu, 6 orang cucu.






 HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN DANISH
3 YEARS OLD ALREADY! (O8.O8.O8)

Even dah 3years old tp still macam baby,suka menangis yang ntah apa-apa
mengalahkan adiknya.









~ moga mereka berdua sihat-sihat selalu
~ panjang-panjang umur selalu
~ semoga danish mnjd cucu yang terbaik utk atuknya
~ semoga danish menjadi anak sedara yang terbaik utk cikjinya :)

Sunday, August 7, 2011

kek gula hangus


Salam ramadhan

Dah lama duk salin resepi kek nih tapi takde masa nak masak.Hari tu balik kg, gunakan masa emas itu untuk mencuba resepi ini. Petang tuh pergi supermarket jap dengan my hero pergi beli soda bikarbonat sebab bahan ni jer yang takde kat umah, yang len sume ada. kalau dah nama lelaki, soda bikarbonat pun dia ingat tepung gandum, yelah putih melepak duk lam bekas kecik.

Lepas berbuka tuh, lam kul 8 lebih terus mulakan operasi (kantoi tak g terawikh!). bedegung bedegang sambil mata tengok resepi, lau tak tengok resepi bukan setakat kek gula hangus, dengan periuk-periuk pun hangus silah haribulan tuan pun hangus T_T. Kejap jer buat, tak sampai 20minit pun pastuh terus perap aduan tuh dalam peti. 2 jam kemudian keluarkan terus kukus. Mood memang berdebar yelah 1st time buat takut tak jadik. Lam 15minit camtuh saya buka tudung periuk tuh.

Saya: Abang, asal kek sy buncit kat tengah, nape buncit tak rata??
Suami: Syg letak soda tuh banyak sgt kot (mentang2 tadi dia baru tahu apa itu soda bikarbonat)
Saya: Saya ikut acuan yang betul dah, 2 sudu kecik.
Suami: hmm tak payah risau la,jadinya kek tuh.

45minit kemudian, ambik garpu and cucuk kek, tak melekat means dah masak. Tutup api dan telengkupkan panan-panas camtuh. Pastu terus potong! Terus rasa dan resultnya sedap! sejibik rasa cam yang selalu kitorang tempah. Sebab tiap kali raya memang kitorang tempah 2 biji. sebiji tak cukup. Terus bagi encik suami and adik rasa, sedap kata dorang,hikhik. Potong banyak-banyak terus letak bawah saji. Bangun jer sahur tinggal 3 slice jer lagi. lakuuuu! Ma kata next time kena wat banyak sikit sebab tak cukup. Nanti raya ni wat jugak. Yes madam :)



tQ Myresepi for the yummy cake!

Monday, August 1, 2011

ramadhan al mubarak

selamat berpuasa semua.

semoga ramadhan kali ni memberi 1001 makna kepada kita semua

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk ramadhan kali ini.


moga kita sama-sama mendapat barakahNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...