Thursday, February 21, 2013

Orang kita memang camtu ek?

Assalamualaikum

Tetiba hari ni nak jadi minah kepochi sikit. Bukan mengumpat yer kawan-kawan. Just peringatan sesama kita.

Aku banyak follow retis kat insta, follow just nak tengok gambar, pastu like. Komen pic retis memang tak pernah, tapi komen pic bloggers yer, like pun yer. Anyway, congrats kat Filla sebab dah lahirkan kasih yang ke 3. comelll bulat macam matomato jugak,hihihi.

Okey,buka cerita lain pulak yer. Bila dah follow insta retis, yang paling aku tak suka bila ada segelintir yang suka komen ntah apa-apa. Tak salah nak menegur TAPI TAPI TAPI sila la tegur dengan baik dan yang paling penting cermin diri sendiri dulu.

Contoh, ada sorang retis ni dia peknen lepas tu dia pergi bercuti. So, tempat dia bercuti tu macam ada show, bukanlah tarian bogel pun, still pakai baju. Biasalah negara luar, seksi meksi tu kan. So, sorang perempuan tu datang komen lebih kurang macam ni lah

'orang peknen tak boleh tengok benda macam tu nanti meresap kat baby"

Okey niat dia bagus untuk menegur tapi ayat dia tak berapa nak betul. Apa salahnya tegur dengan cara yang lebih sopan,

"dear,tak berapa elok tengok tarian macam ni masa peknen,nway hepi holiday yer,take care!"

Kan, sweet sweet sikit bunyik nya. Yang menegur tu perempuan, jika di izinkan Tuhan, dia pun akan peknen jugak. Membuatkan aku terfikir, mampu ker dia untuk jaga mata dia dari lihat sesuatu yang seksi/sesuatu yang berdosa. Seksi tak semestinya perempuan joget-joget je. Yang tak berjoget pun berlambak kat depan mata ni hah, seksi jugak.

Bersama-sama lah kita ke arah yang lebih baik. Insyaallah.



Rm 55 free post sem.
Promosi chiffon 2 layer sulam kawkaw lebat


Siyesly gorjess!!
 Dah nak ujung bulan ni boleh la beli. Bagi hadiah dekat mak.
Rezeki ni kena kongi dengan parents tau, baru lah makin berkat, chewahhh hikhik.

okbai.

4 comments:

  1. tegur dgn berhemah...kan cikji......

    ReplyDelete
  2. pesanan penaja tu yg best ..hikhikhik

    ReplyDelete
  3. pandai cikji buat ayat. org baca pun xla rasa sentap kan..

    ReplyDelete
  4. hehee.. promosi tudung skali ngn nasihat sekali ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...