Monday, May 20, 2013

Usaha untuk pregnant #5

Assalamualaikum
Okey,marilah kita bercerita usaha untuk peknen ni yer. Semalam aku pergi mengurut untuk kali ke-3. Dua tahun kawen, 3kali pergi berurut. Okeylah tu daripada tak ikhtiar langsung kan.


So, semalam aku baru je habis dari period. Dah janji lepas isyak. Aku pun pergi ke rumah tukang urut ni. Bahasakan dirinya Kak Wan sahaja. Sangat berbeza dengan tempat yang aku pernah pergi berurut sebelum.


Biji sebelah kiri dia kata tu biji sengugut, yang belah kanan dia kata urat tersimpul.
Yang sebelum ni, sebelah kiri biasanya apendiks, yang kanan itu gastrik.
Aku pun dah pening, huwaaa.

Best ngurut semalam, dari pinggang sampai ke bawah, lama plak tu. Tapi sakit sampai terjelir-jelir lidah aku. Tapi biasalah, nanti lepas ni okeylah kan. Dah lah lama giler kak wan tu urut aku, ada dalam sejam, sampai nak tertidur dah aku ni hah. Dia cakap salah satu sebab aku tak lekat lagi sebab aku terlampau kurus, huhu. Sebab kedua saluran tersumbat, hmmm. Okey, ngurut kali ni takde ubat-ubatan untuk disapu or telan yer. Dia urut baca ayat-ayat al- Quran.


Dia cakap, bulan depan kalau period lagi, datang masa period sebab dia nak keluarkan darah ketul-ketul. Keluarkan dengan cara mengurutlah. At the same time, aku jugak dah nak start ke klinik. Harus sediakan mental fizikal dulu sebab aku ni tergolong dalam golongan penakut jugak. Bulan depan cukup 2tahun, maka harus ke klinik lah kita.


okbai

19 comments:

  1. same la kite cikji... kite pun tgh usaha melalui mngurut jgk.. usaha tangga kejayaan!! ;)

    ReplyDelete
  2. jgn takut2 ok... sy pun tgh ikhtiar melalui mengurut.. minggu depan sambung balik jumpa doktor..

    ReplyDelete
  3. chaiyyok2 !!
    jangan berputus unser nik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unser xputuh chi,putuh urat perut jah jaso ngurut,hihi

      Delete
  4. salam singgah.. dah follow n tinggal jejak....
    http://bingkisanrosey.blogspot.com/
    semoga usaha cik ji berjaya yer amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq! done follow kamu jgk,

      insyaallah. tq mendoakan

      Delete
  5. insyaallah akak, nanti ada lah tu rezeki nanti..terlampau kurus pun susah nak lekat erk..take note ni..hehe3...

    follow sini jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. take note dear,take noteee.jom mkn byk2 dr skrg kikiki

      Delete
  6. Akak doakan semuga kamu mendapat cahayamata yang comel-comel

    ReplyDelete
  7. jom sama2 kita doa semoga kita cekal untuk terus berusaha ek dear..:)

    ReplyDelete
  8. hurmmmm...cik belom berurut lagi..baru nak plan g berurut tapi period dah 3 minggu belom datangs2..Harap2 lekat lahhh...berharap sangat ne :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya kalau lekat,cikji tumpang gembira utk kamu dear

      Delete
    2. belom tetnu lagi dear..cik dah 4kali test tapi still negetif jugak...tak pe dear..kite sesame usaha eaaaa

      Delete
  9. haish, yani ni pun teringin nak berurut semula, tambahan pula tgh peod ni CD3.....time kerja susah la nak g berurut, kalau urut belah petang lepas kerja, tak digalakkan sebab urat dah stress.....

    ReplyDelete
  10. Teruskan usaha. Saya doakan awk cepat dapat cahaya mata ye :)

    #follow

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...