Friday, November 30, 2012

Bila hilang kepercayaan


Assalamualaikum

Aku suka hari jumaat, boleh duk guling-guling kat umah. Walhal everyday aku berguling. Kekadang naik bosan pun ada. My demok kan busy sekarang ni, dah berabad rasanya aku tak keluar bercinta secara halal.*jika abang baca blog saya,silalah bawa saya keluar cari baju baru sekarang huksss* 

Eh, sadis tak tajuk entry aku? huhaha propa ke lebih tuh padahal kelaut sangat. Semalam aku post entry Sup Ayam. Ingatkan dah ok, malam tu kemain panas la plak. Aku tidur sebelah pun turut terasa wap wap panas tuh. Nasib baiklah aku ni jenis antibodi yang agak perkasa la jugak, orang sebelah demam takpe, orang sebelah batuk takpe, orang sebelah selsema pun takpe. Tapi kalau orang sebelah sakit mati, aiollsss takuit okey.





My demok request nak minum Tongkat Ali. Dia cakap nak balik Ketereh sebab kat sini takde Tongkat Ali.*very the ngada* Kalau kat Ketereh kedai aku kan diapit kedai makan, so asal ikut selera, men oder jelah.Aku pun cakap takpe jap ek saya buat. 

Sekali bila dah siap, dia tak percaya aku buat tongkat Ali.Sedih aiolls okey T____T. Dia ingat aku kacau air teh, deria rasa dah ilang akibat selsema kan. Aku pun gigih pergi dapur tunjuk paket tongkat ali.  Haaa sekarang baru dia percaya, licin dia minum. Maklumlah sebelum ni aku tak pernah pun buat air tongkat ali tuk laki aku, muahaha.


Sup ayam dan demam

Assalamualaikum

Sekarang ni kan dah start beralih ke musim tengkujuh, so ramaila yang soksek soksek selsema lagi demam lagi. Alhamdulillah aku sihat walafiat tapi laki den yang domam eh. Aku balik Machang hari ni, ayah aku pun demam jugak. Risau aku. Ajak p klinik taknak tapi hari ni nampak kebah dah sikit.

Laki aku kalau demam mula lah nak makan benda yang berkuah. 

Demok : Jom kito g tubik makey luar
Kuwus : Tubik makey gapo?
Demok : Makan sup ayam ko, tulang ko
Kuwus : Sup ayam jelah, sayo boleh masok okeyyyy

Malam tadi aku pun masaklah sup ayam. Aku jarang sebenarnya masak malam. Yelah, biasanya makan lauk yang tengahari je kan. Lagipun aku ni malam malam bukannya suka sangat hadap nasi. 

"Sedap ker bang saya masak?"
"Bolehla"

Okey, makan nasi sampai 2 pinggan pastu licin plak tu sup, bolehlaaaaa punya pasal kan. Yang demam pun terus kebah sihat walafiat.

Okbai






Thursday, November 29, 2012

Beli beg dengan Bvlgarigirl Arianna

Assalamualaikum

Sumpah boringnya aku. Buka blog, buka pesbuk, buka twitter. Ohoiii sangat. Eh, lambatnya anak buah-buahan aku nak balik kampung. Dorang ada terubat la sedikit kerinduaan aku walaupun kekadang dorang boleh buat aku stress la jugak muahahha. Haruslah stress, anak akak aku 5 orang semua jantans uolss

Hari tu aku ada beli beg baru, beg murah je, tak mampu aku nak beli beg mahal ni. Beg paling mahal aku penah beli dalam 3oo lebih macam tu je. Lepas tu pakai berapa kali je pun. Rugu rugi rugi. So, tak nak pisang berbuah 2x maka marilah kita beli beg ala kadar saja.



RM 39 sahaja. Ni 1st time aku beli beg online dan alhamdulillah tak mengecewakan aku. Aku puas hati walaupun colour ijau yang aku nak tu dah takde stock. Lepas aku beli baru ada stock. Agak tergugat jugak iman aku, takpe takpe pakai yang ni dulu, nanti kita beli yang kaler ijau pulak yer *pujuk hati sendiri*



Tang bulat kecik tu comel je, aku suka. Beg ni dah la besar, senang sikit aku nak sumbat segala benda kat dalam. Lebih-lebih lagi bila ada anak, boleh sumbat pampers, botol susu, sapu tangan *eh kuatnya aku verangan* Silap haribulan, laki aku pun aku boleh sumbat dalam tu bawak pergi holiday, muahaha.

Kalau berkenan, terjah la blog Bvgarigirl.

Okbai 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...