Friday, August 3, 2012

kelass ko khairul fahmi che mat


Assalamualaikum

Salam 14 ramadhan semua.Tiktok tiktok dah nak sampai pertengahan ramadhan. Indah sungguh jumaat hari ni walau aku tak berapa nak cukup tidur sikit.My hero tak bape sehat,bila malam je kemain panas badanya.Aku yang duduk sebelah pun terasa bahangnya.Lau petang nanti still tak kebah, memang kena angkut pergi klinik dah, kena sejarum Insyaallah baik demamnya.

Semalam pergi keje ma mertua yang hantarkan. Sedikit malu tapi nak buat macam mana keadaan yang memaksa. Membuatkan hati aku terdetik untuk beranikan diri nak belajar drive, rugi weh lesen terpampang. dalam wallet tapi takut nak drive.Oket takpe, yang ni kita story len kali.





Haritu pergi keje ditemani dengar lagu raya kat radio, fine fine mood raya semakin terserlah. Pastu tetiba aku tengok gambo si apex ni kat belakang bus. "Eh,tuh bukan apex ke?" Aku kan rabun sikit so mana la tahu kot kot mata ni tersalah tafsir ke. Laki aku pun cakap "erm erm"

Kelass ko apex,dah jadi duta Brylcreem sekarang. Eh, Beckham dulu pun penah jadi duta minyak rambut nih jugak, lebih kurang setaraf dah. Rejeki dia. Tapi aku suka sangat tengok iklan 100plus, tangan kemain action ala ala duk tangkap bola tapi rupanya duk ngelap cermin umah haha.

tapi tang iklan SimplySiti pun best jugak 

"yang paling penting,dia mesti WANGI"


so,sape yang rasa busuk tuh,cepat cepatla pergi mandikan diri anda :)

Saya sentiasa WANGI sebab saya pakai INI

Alamak, enjoy la plak video klip  Yang Ohsemmm nih







Thursday, August 2, 2012

sahur itu berkat


Assalamualaikum

dah nak dekat dekat pertengahan ramadhan
selera sahur aku pun mula la ke laut
tapi kekadang aku paksa jugak mulut aku untuk makan nasi
tenkiu ma mertua sebab selalu gorengkan ayam  time sahur :)

kalau tak makan, ketaq lutut la kot aku ni
camni la jadinya bila jadi orang kurus ni kan
takde lemak lemak nak cover time  kelaparan


time sahur aku pujuk diri aku makan nasi ayam goreng sambil tengok cite drama airmata

Syurgamu Ramadhan

aku rasa tuh cite 2 tahun lepas..kali ni aku tengok lagi
berjurai jurai airmata nengoknya
laki aku sabo jelah tengok bini dia emosional sampai macam tu sekali
dia stat 4.30pagi hingga 5.30pagi

pas makan nasi aku minum segelas susu dutchlady dengan 2@3 biji kurma
so far, time sahur kurma memang tak penah tinggal lagi
sebab kurma itulah yang memberi energy kepada aku.

Selamat berbuka semua
hari ni turn berbuka kat umah nenek my hero
biasalah,bila dah kawen ni kena la adil dan saksama.
tak gitu??





Wednesday, August 1, 2012

balik kampung banyak syok maaaa


dah 12 ramadhan hari ni

Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati ramadhan
sekejap je rasa masa berlalu
lagu raya pun dah mula berkumandang kat radio
ni yang membuatkan aku semangat nak g kerja pagi pagi ni

tapi aku lagi bersemangat bila bab balik kampung
hohoho balik kampungggg

ni cerita weekend hari tuh
tapi aku tetap nak hapdate jugak




balik aritu dapat jumpa budak bulat ini
tubuh semakin membulat pastuh suara pun  semakin kedengaran
duk potpet potpet..aku ada 6 orang anak sedara, semua laki, ni sorang je pompuan
see you on aidilfitri nanti nayli bulat bulat



durian yang seguni lebih dari kebun
aku kurenggg tapi kalu makan dengan pulut layanla seketul dua
tapi lagi best kalau lenyek lenyek dalam budu
ermmm sedap! *meleleh air liur kejap*


juadah hari apa ntah,lupa kuikui
tak masak sangat pun,hentam beli je


ni juadah hari isnin
siakap 3 rasa tuh akak aku yang masak,sedap
tenggiri gulai kuning pun dia masak
aku mana sempat nak masak sebab dari tempat keje nak sampai machang dah bape lama
akak aku takpe la dia cuti hari tu.



ni memang peberet aku
pastu memalam mula la ulang alik asyik nak terkucil je



air tebu + jagung cincau
adik aku siap tanya la "beli ke jagung cincau ni?"
"hellooo aku buat sendiri la,sedap lah tu"

aku dah lama tak beli air kat kedai
sebab aku duk imagine dia buat air dengan air paip je
kalau tebu, kelapa aku beli la huhuhu



 balik haritu sempat buat ni je
lagipun ni pebret ayah aku
nak resepi?? refer kat SINI ok
kalau korang rajin,klik la kat SINI sekali


Selamat Berbuka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...