Sunday, November 18, 2012

Gatal


Assalamualaikum

Ni bukan gatal gediks tapi gatal macam ruam, macam kena ulat bulu. Dah dekat seminggu macam ni. Memula tu asal malam je naik gatal-gatal lepas tu aku sapu ubat, lelama hilang. Tapi agak lama lah untuk hilang. Bangun esok pagi baru hilang. Ohoiii sabar jelah.

Tapi sekarang belum malam dah naik dah. Tak selesa sungguh aku. Gatal lepas tu pedih-pedih. Semalam aku pergi klinik, aku agak tak puas hati dengan jawapan doktor tu. Sebab aku ni bukan jenis alergi. Aku makan benda yang aku selalu makan. Aku sendiri pun tak berani nak try makanan yang aku tak pernah telan.

 Aku kalau alergi tang kacang pastu ngap makanan yang pedas non stop je. Tapi bukan alergi gatal-gatal tapi alergi cirit. Maka beralergi sepi lah aku dalam toilet. 

Semalam aku dah telan ubat tu, pagi tadi telan lagi. Nasib baik aku ni jenis mudah telan ubat. Ikutkan hati nak telan semua je, biar cepat hilang. Kuikui. Kejap lagi laki aku balik, nak try pergi klinik lain plak. Kena sejarum pun aku ok, asal gatal-gatal tu tak naik lagi.

Tapi masa kecik dulu aku dah pernah kena macam ni. Tapi takde la seminggu macam ni. Just sehari macam tu je. Kejap naik kat situ, kejap naik kat sini. Haritu peha dengan betis je, tapi sekarang sampai ke lengan. Tapi keadaan macam ni pun aku okey je, jalan sana sini, makan sana sini. Semua tu takde masalah, just tak berapa nak selesa je. Aku tak garu, biarkan kan je. Aku kan perempuan kebal. Hua hua hua.

Okbai.


Saturday, November 17, 2012

sakit la jugak, tapi mak okey jer

Assalamualaikum

Ni hari jumaat punya cerita. Hajat dihati nak publish cerita pasal aku badan aku naik bengkak merah pastu gatal- gatal. Tapi takpe, aku ketepi dulu entry tuh, aku up entry yang ni dulu.


Pagi jumaat tuh aku laki bini balik ke kampung sebelah laki aku jap sebab ada majlis cukur jambul baby girl kitorang punya sepupu. So, nak dijadikan cerita, lepas jumaat tuh datang la seorang makcik tu. Aku mention as a makcik jelah ek, kalau mention as a perempuan tua, nampak aku ni kurang ajar sangat. Makcik ni bidan kampung, dia datang nak sunatkan baby girl tu. Maka bersalam lah aku dengan dia. Maka bermulalah perbualan pendek antara aku dengan dia.


Makcik : Besarnyo budok ni, berapo bulan doh ni?

Aku: Dekat 2 bulan rasanya.

Makcik : Berapo kilo ni?

Aku: Mama dio oyak, 7kilo.

Makcik : Awoklah takdok anok lagi, rugi

Aku : ^____^  senyum jelah  *dalam hati, ohoiiii sedaknyo mulut dio*

Aku pun terus angkat punggung dari situ. Kalau aku duk situh lama lama nanti kang jadi menda lain pulok. Kalau diikutkan memang la aku kawin dulu dari dorang, 6 bulan bezanya. Dah nak buat macam mana, rezeki tu kan kat tangan Tuhan. Aku malas nak explain cakap takde rezeki lagi sebab cara dia tanya aku pun dah melulu ntah apa-apa. So, aku takde masa nak explain dekat segelintir manusia yang bersikap macam tu.

Aku dah lali sebenarnya dengan persoalan tentang anak, tapi sebelum ni cara pertanyaan semua sopan santun. "takde anak lagi kan?, merancang ke, ker takde rezeki?" Sabarlah, Tuhan akan bagi tapi belum masanya lagi" Kan sejuk hati aku kalau makcik tuh tanya aku macam tu jugak.

Bila sampai kat umah, aku cite la kat laki aku bla bla bla, "nasib baik dia tu orang kampung abg, kalau orang kampung saya, dah lama dah saya sembur depan muka" Laki aku memang, kalau dia tahu aku sakit hati duk potpet potpet, mesti dia senyum je. Kalau dia duk sokong apa yang aku cakap, dia tahu makin angin la bini dia ni, kuikui

Buat TTC semua, bersabarlah kita ya. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.


"Tuhan sengaja, menduga kita, dimana kesabaran manusia"


okbai.



Thursday, November 15, 2012

Rabu yang busybody

Assalamualaikum




Rasanya keluar rumah dah awal. 11am tapi punya sesak. Ohoii sabar jelah. Breakfast pun dalam kete je. Habis karipap 2 biji. Sardin roll 2 biji. Share ngan my demok,bukan ngap sensorang.


Memula tuju ke Rhb k'kerian. Lepas tu hokhek hokhek tak jadi masuk la plak padahal dah duk depan bank. Sabar jelah ngan my demok. Pergi KWSP dulu.



Otw terjumpa ini. Tapi tutup. Next time boleh try




KWSP




Lepas tu pekena kak mah nasi sup. Sedap!! Ke RHB Kubang kerian plak.



Setel semua singgah ambik nasi kukus abe mie. Untuk majlis tahlil arwah FIL. 40 hari. Memang penat sungguh. Lepas majlis smlm pun sempat terpejam kejap. Hewhew

Okbai.

Salam maal hijrah untuk semua. Moga lebih baik dari sebelumnya. Aminn.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...