Saturday, January 5, 2013

Dulu aku benci hari sabtu

Assalamualaikum

Boring malam ni. So, marilah kita mengimbau zaman dulu kala. Aku masa dedulu tersangatlah benci hari sabtu. Masa sekolah dulu, aku kan duk asrama. Kat Kelantan kitorang cuti Jumaat Sabtu. Asrama kan boleh balik setiap 2 minggu tapi aku tiap minggu balik kihkih


Minggu outing mesti aku balik. Dahtu umah aku dengan sekolah tak sampai 10minit je pun. Masa duk asrama tu aku form 3. Well, nak PMR katakan huhu. Outing setiap Sabtu, pepagi lagi aku dah keluar dari asrama, jalan kaki menuju ke jalan besar lepas tu tahan taxi terus balik umah, heavan sangat!

Masa upper 6 pun aku duk asrama jugak. Tapi dah tak stay kat skol masa f3, dah tukar. Sama jugak perangainya. Pepagi lagi time outing gate takde orang rasmi lagi, tapi aku dah rasmi.

Malu kat juniors tau, eh apa aku pedulik janji dapat sampai umah. Keluar je gate terus tahan taxi, singgah bandar beli nasi lemak lepas tu balik breakfast kat umah. Ko mampu? hahaha giler sungguh perangainya.

Balik jer umah selalu mendobi lepas tu tengok tv lepas tu tidur. Tapi mampu tidur kejap jelah huhu. Bergayut pun telinga tak sempat panas tau, mencik! Dah kena kembali ke pangkal jalan. Punyalah liat nak balik asrama. Tapi sabar jelah.

Aku jenis malas nak nyusahkan ayah aku untuk hantar ambik. Kalau mampu buat sendiri, aku berdikari je. Lagipun dekat je pun. Eh, masa upper 6 aku kekadang je bawa hp. Mak takut nokss. Lagipun ada hp kat tepi tak leh nak fokus study.

Dalam malas terpaksa semua tuh, Alhamdulillah sekarang ni aku jadi orang jugak. Hikhik

Okbai

Friday, January 4, 2013

I like peplum


Assalamualaikum

Aku ni bukannya jenis uptodate sangat. Asal sedap pakai sudah. Kata orang jangan jadi sengsara untuk nampak cantik. Betul tak? Dari haritu lagi duk berkenan dengan peplum ni. Tapi macam asyik membizi je nak keluar lagipun malas nak bersesak ngan orang ramai. So, bila sekolah bermula moh ler kita keluar merendek.

Aku pun pergilah rembat selai, RM40 je. Aku suka pakai yang labuh camni. Next week nak gi rembat pulak, hikhik. Aku nak cite tuh je,okbai


Thursday, January 3, 2013

Aktiviti hujung minggu laki bini


Assalamualaikum

Ni entry pekasam namanya.

Yeayyy school dah bermula. Aku hepi sebab nanti tak perlu nak bersesak-sesak, lebih-lebih lagi kalau nak masuk mall. Huuu sabar jelah. Laki aku dah berkali ajak nak pergi Kbmall nak cari baju la, seluar lah. Aku cakapla, sabar sikit je lagiiiiii.

Tetiba haritu meroyan apa ntah ajak aku pergi Mydin, biasanya bini yang ajak tapi kali ni laki yang ajak. Macam pelik lah jugak kan. Katanya nak cari selipar.

Kasut dah bertimbun, selipar kat Mydin jugak yang dia nak cari, tak paham sungguh aku ngan si demok nih.


Keluar dah petang, maghrib baru boleh masuk, jem + parking

Bila masuk Mydin rasa bersalah la plak, orang lain sibuk duk pilih baju sekolah, beg sekolah, semua pasal sekolah lah. Aku laki bini selamba badak je wat sibuk kat dalam tu jugak -_-'

Bab nak membayar plak 1 hal, punyalah beratur kemain panjanggggg. Korang nak tahu, bila turn kita lambat sampai, secara tak langsung tangan akan gatal nak ambik tu, nak ambik nih lagi. Asal duk tepi roti, ambik roti, asal duk tepi cekelat ambik cekelat, asal duk tepi cekedis ambik cekedis.



Memula ni je barang yang beli. Dahtu lambat sangat nak sampai turn. Eh, selipar yang kaler putih tu lah yang demok aku nak sangat beli. Aku siap gaduh kejap ngan dia, selipar macam tu pun nak. Dahla jenis span lembik camtu, pakai musim ujan ujan ni kompem pasni rosak. Aku suh ambik yang jenis getah semua toksey. Huuu sabar jelah. 





Lastly bertambah sampai camni sekali. 
Total RM 230 something. Aku pun tak tahu apa yang aku laki bini beli. haha

# Aku dah publish nama pemenang 1st GA by cikji. Sesapa yang terlepas, sila rujuk ---> SINI

OKbai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...