Friday, April 19, 2013

usaha untuk pregnant #2

Jumaat 11.jan.2013

Usaha untuk pregnant #1

Okey sepanjang aku berkahwin, ni lah kali pertama aku berusaha dengan cara kg.

My laki dah lama suh pergi ngurut dengan Abe Seman, yer dia laki dan seorang laki yang tersangatlah tua. Dia merupakan sedara sebelah family husband aku. Tok sedara ker apa aku pun xsure. Memula tu aku macam taknak,yelah dia laki lepas tu kita pempuan. Maluwww okey.

Tapi Abe Seman tu antara tukang urut dan bomoh yang pemes jugak. Dia asalnya tok bomoh ular. Laki aku masa kecik penah kena patuk ular pun g bomoh dengan dia. Laki aku cakap sebab dia tu sedara kitorang sebab tu laki aku suh aku ngurut ngan dia. Kalau dia tu kitorang tak kenal.memang kitorang takkan pergilah. Lagipun sekarang macam-macam berlaku kan. bomoh cabul lah,rogol lah,takuiiit kan.

Masa pergi tu MIL ngan nenek sebelah laki aku pun ikut sekali. Dekat je ngan umah nenek kitorang,jalan kaki pun boleh tapi tetap nak pergi dengan kereta. Dia punya anak yang dalam pantang pun ada, sambil2 tengok baby sekali.hihi

Memula Abe Seman tu tanya aku segugut tak? Aku cakap takde la sakit sangat, biasa je. Bukan tahap kritikal sampai migrain guling-guling. Lepas tu aku kena baring. Dia baca ayat apa ntah. Dia urut aku punya perut and dapat rasa ada macam ada biji dalam perut aku.

Yes,aku sendiri pun perasan benda tu. Bila urut rasa sakit, dan aku juga ada gastrik. Memula dia urut untuk segugut dulu and then baru urut untuk hilangakn segugut. Lepas tu dia bagi daun apa ntah, campur sekali dengan beras, kena tumbuk sapu dekat perut. Dia jugak ada bagi air untuk buat mandi. Lepas urut aku rasa perut aku ringan giler! Best je rasa.

to be continue, bye



2 comments:

  1. ya Allah kurniakan lah zuriat cepat2 untuk cikji...dan saya juga... =)...good luck dear

    ReplyDelete
  2. thanks for ur doa dear,muah!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...