Monday, April 22, 2013

usaha untuk pregnant #4 -aku dah agak pun

Assalamualaikum

Sila baca link dibawah untuk pemahaman yang lebih jitu,hamboiii kikiki

usaha untuk pregant #1
usaha untuk pregant #2
usaha untuk pregant #3


Okey,kita sambung lagi ek. Alkisahnya bulan 3 aku langsung tak periodddd. Nak kata tertunggu tu tak lah jugak. Dengan erti kata lain aku wat bodoh je.

Hanya orang yang pernah frust je paham perasaan ni semua. UPT tu semua malas dah aku nak fikir, aku pernah cakap kat laki aku, kalau sampai masa saya muntah pening loya, maybe petanda lah tu. Kalau sekadar lewat, hmmm tak payah mengharap lah bang.

Kebetulan awal April hari tu laki i admitt kan. 3malam aku kat sana, aku ada terpikir jugak, pregnant ker aku ni. Tak pernah sampai skip sebelum ni. Pastu aku buatlah perhitungan sendiri, Kalau peknen dah sebulan lebih TAPI aku langsung tak rasa petanda apa-apa pun. Memang sedikit penat, tapi masa tu kan aku stay kat hospital jer, korang paham-paham jelah jaga orang sakit nih.

Lepas laki i discharge, esok lusanya aku pun period. Okey, tak sedih pun sebab sebelum ni dah pernah merasai kesedihan yang lagi sedih dari itu! Tapi period kali nih, hoih..punyalah mengancam. Sakit perut mengalahkan apa. Masa maghrib aku rasa sakit sakit, aku sapu minyak panas kat perut, just sapu je, takde urut apa pun. Lastly aku boleh lenaaaa.

Takpe, sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Insyallah cukup 2tahun (bulan6 nanti), aku akan berusaha cara hospital pulak. Rasa macam tak sedap hati lah, risau takut penyakit singgah. Sekarang ni penyakit macam-macam. Yang utama adalah cyst. Takpe, yang pastinya aku dah bersedia mental fizikal untuk hadapi semua tu. Insyaallah.

okbai.

6 comments:

  1. betul tu...sha pun camtu..bile da cukup masa..nak jugak chek hospital..takut penyakit lain datang..kita ni perempuan,banyak penyakit..bahaya lak tuu...semoga kita sama-sama dikurniakan zuriat satu hari nanti,..amin..

    ReplyDelete
  2. tu lah kan.insyallah dear.moga2 kita dikurniakan zuriat.aminnn

    ReplyDelete
  3. Xpe,usaha lgnida pon xda baby lg..nti kna check pakar jugak,skarang mmg mcm2 pnyakit,riso..mcm cyst tu..tu sume sbb pemakanan skarang,bnyak fast food,huhu..

    ReplyDelete
  4. tini pn sama.. 11bln kawin x leh baby lg.. moga kita sama2 dikurniakan rezekinya nanti.. inshaaallah kak..

    ReplyDelete
  5. ummi pn da 11 bulan jgk kwen blum ada rezeki lg..takpa dear sama2 kita brusaha lg

    ReplyDelete
  6. insyaAllah ada rezeki nanti..saya doakan utk awak awak semua..aminnnnnn..:")

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...