Thursday, May 30, 2013

sekarang musim cuti sekolah


Assalamualaikum

Sekarang cuti sekolah kan. Lepas tu kenduri kendara sana sini. Aku suka makan pree ni hah, haha. Tapi rasanya 1 kenduri je kot yang aku akan pergi. Sibuk sikit, tu pun curi-curi masa je.


Cuti sekolah anak buah-buahan aku kat KL balik. Yang kat bawah ni anak buah kat Ganu, dia xbalik pun sebab aritu dah balik celebrate beday kat sini. Aku lupa nak buat entry tu. Huhu




PROJEK RAYA 2013 akan menyusul selepas ini!
Untuk gegirl sahaja!


Baju kurung baby ada lebih kurang 10 design yer. Nanti next week aku upload gambarnya. Sebab sekarang still dalam proses lagi. Comey comey belako,muroh pulok tu.


okbai



Wednesday, May 29, 2013

usaha untuk pregnant #7 - buah zuriat lagi

Assalamualaikum

Okey,now mari kita continue cite pasal buah zuriat yer. Aku dah minum setelah 2 hari terperap dalam peti ais. Laki aku minum sebelum aku lagi, dia cakap time dia minum tak rasa apa-apa pun. Rasa macam air biasa je.

So, semalam aku minumlah. Aku letak dalam peti ais sekali dengan dia punya buah lah. Buah tu memang laki aku belah dua, just ambik isi jer, tang kulit kitorang buang.


Bila aku minum, aku rasa werksss sangat! Air ni basi ker apa?? Aku pun musykil. Segelas tu aku tak buh penuh pun. Separuh lebih je pun tapi seksa la pulak nak telan. Aku minum pakej dengan tutup hidung. Sumpah aku rasa tak best. Kalau dikira aku ni tergolong dalam spesis yang mudah telan ubat la jugak.
Pastu aku fikir, maybe aku kena rebus balik kot. Lepas tu baru minum. 


Ada lagi balance dalam peti ais tu. Nanti-nanti la plak aku minum.


Kita hanya berusaha tapi tidoklah mengharap 100%.

Sunday, May 26, 2013

Usaha untuk pregnant #6 - Buah zuriat

Assalamualaikum
Korang mesti pernah dengarkan pasal buah zuriat? Tadi aku pergi mengugel lah cari info. Banyak yang aku dapat, lepas tu kawan baru pun dapat jugak.


Bila aku duk baca baca, rupanya banyak khasiat buah zuriat, bukan untuk dapatkan anak je. Sebenarnya khasiat yang ada pada buah ni dapat mencuci tubuh badan kita, buang toksin bagai, merawat penyakit itu ini, kesuburan jugak. So, bila kita minum air rebusan tu, membuatkan tubuh kita ni sihat luar dalam. Jadi, bila dah bersih dari penyakit itu ini, tersumbat sana sini, potensi untuk dapat anak tu tinggilah sikit.


Gitu lah ceritanya. Aku baru je lepas rebus buah zuriat tu, segala pic tak transfer lagi. Nanti aku continue dengan segala rasanya camne yer.

okbai.

Thursday, May 23, 2013

Semalam punya cerita


Assalamualaikum

Semalam hari rabu,
saya bekpes nasi kerabu.




Lain pulak rasanya bila bungkus,sedap bungkus pulok. Bagi aku nasi kerabu tu akan sedap lauk dia mebeles lepas tu tumis dia baru lagi, yum yum. Sebab kekadang tengok tumis kaler kemain parah lepas tu berminyak minyak je, aku terus imagine ni yang ke berapa kali perangat dah ni. Giler punya daya imaginasi, haha
Okbai

Tuesday, May 21, 2013

Mengila habis


Assalamualaikum

Ada ker kat sini yang meroyan dengan candy crush? Kalau ada gimme five! Aku pun dah lupa camne ek aku boleh terjebak dengan game ni. Kalau diikutkan aku ni bukannya kaki game.

Eh, retis pun main game ni. Umie Aida memang dah habis main game ni. Lepas tu dorang cakap ada lagi sambungan dia, install yang baru punya. Aku pun xsure sampai ke berapa ratus levelnya.

Sekarang aku kat level #165. Paling lama kot aku laki bini stuck. Seminggu camtu. Aku ngan laki aku sama naik, laki aku kan spesis tido lewat, kekadang tersedar tengok dio duk layan game kat sebelah. Kiranya kitorang share la game ni, tapi kebanyakkannya laki aku la yang berjaya melepasi level yang susah-susah. Bini dia setelkan yang senang-senang je kikiki.

Semalam hampir berjaya dah, seketul lagi tinggal kaler biru yg harus dihancuskan tapi aku jugak ada 1 je lagi peluang untuk gerak tapi malangnya tak berjaya huwaaa.

Okey,tamat pasal game. Sesapa yang berminat dengan bawal plain tapi bersulam comel-comel boleh tengok kat pesbuk aku kat side bar tu yer. RM26 exc post. Bawal kelantan memang tiptop.
okbai.





Monday, May 20, 2013

Usaha untuk pregnant #5

Assalamualaikum
Okey,marilah kita bercerita usaha untuk peknen ni yer. Semalam aku pergi mengurut untuk kali ke-3. Dua tahun kawen, 3kali pergi berurut. Okeylah tu daripada tak ikhtiar langsung kan.


So, semalam aku baru je habis dari period. Dah janji lepas isyak. Aku pun pergi ke rumah tukang urut ni. Bahasakan dirinya Kak Wan sahaja. Sangat berbeza dengan tempat yang aku pernah pergi berurut sebelum.


Biji sebelah kiri dia kata tu biji sengugut, yang belah kanan dia kata urat tersimpul.
Yang sebelum ni, sebelah kiri biasanya apendiks, yang kanan itu gastrik.
Aku pun dah pening, huwaaa.

Best ngurut semalam, dari pinggang sampai ke bawah, lama plak tu. Tapi sakit sampai terjelir-jelir lidah aku. Tapi biasalah, nanti lepas ni okeylah kan. Dah lah lama giler kak wan tu urut aku, ada dalam sejam, sampai nak tertidur dah aku ni hah. Dia cakap salah satu sebab aku tak lekat lagi sebab aku terlampau kurus, huhu. Sebab kedua saluran tersumbat, hmmm. Okey, ngurut kali ni takde ubat-ubatan untuk disapu or telan yer. Dia urut baca ayat-ayat al- Quran.


Dia cakap, bulan depan kalau period lagi, datang masa period sebab dia nak keluarkan darah ketul-ketul. Keluarkan dengan cara mengurutlah. At the same time, aku jugak dah nak start ke klinik. Harus sediakan mental fizikal dulu sebab aku ni tergolong dalam golongan penakut jugak. Bulan depan cukup 2tahun, maka harus ke klinik lah kita.


okbai

Sunday, May 19, 2013

Budu dan sambal belacan tidak boleh dipisahkan.



Assalamualaikum

Dah nama pun orang kelate, opkos la budu tak boleh dipisahkan. Tapi tak semestinya, ada jugak orang kelate yang tak makan budu, macam adik beradik aku sendiri, kakak ngan abang aku dua beradik tu memang tak makan budu, mungkin ikut ayah aku kot, orang kelate panggil 'nurun'. Means ikut perangai or perbuatan camtu lah.

Sambal belacan paling sedapppp, seminggu lepas makan pun bau masih melekat lagi kat tangan. Harum semerbak kasturi!


Ulam ulaman dedaun tetap menjadi pujaan hatiku. Tang lauk pauk next time lah ek aku publish.
Kat mana aku makan? Boleh godek-godek entry kat Jom Gemuk .
okbai

Saturday, May 18, 2013

Mee kari paling mabeless di abad ini


ASSALAMUALAIKUM

Aku sekarang dah start meroyan post pasal makanan balik dah.
Matikla sekali ni. Kat lam henpong berlambak lagi pic makanan, cuma tak sompek je nak upload. Takpe, take ur time cikji, hihi

Aku nak ceritakan kisah mee kari ni.
Kalau dikira kau ni bukan pencinta kari segala ni, santan-santan memang kurengg,
patutlah aku ni sekeping je kan, lemak yillek

Tapi tapi tapi mee kari auntie ni memang mebeles
sebenarnya ni kedai cina, tapi pekerja dia melayu, ramai je orang melayu duk makan.
Kat table belakang tu pun selonggok orang melayu jugak.



Aku berpeluang makan ni bila aku keluar dengan kakak ngan adik aku je. Laki aku haremmm sebab dia cakap ni kedai cina, dia tak bagi masuk. Padahal halal je :( Tapi takpe, pasni aku nak try pujuk dia lagi. Mana tahu lepas ni dia lembut hati pulak khennn.hihi. Padahal before ni elok je kitorang makan kat kedai yang owner cina, tapi tang ni dia tak berapa berkenan sebab dia tak suka mee kari sebenarnya. Macamlah ai tak tahu.


Korang tengok aku makan, ada macam orang pelarian tak? Dah tu memang kempunan lama kan.
Dia punya fishball memang sedap sebab fresh-fresh. Tokey akak aku selalu pesan fishball tu, aku pun pernah tengok makcik-makcik duk gentel fishball tuh. Dorang siap tunjuk lagi ikan apa yang guna. Memang dijamin fresh dan halal! Yang duk gentel fishball tu pun melayu jugak yer kawan-kawan.


Kat situ jugak ada wantan mee, tingin jugak nak try tapi next time la kot sebab mee kari dia masih menduduki carta teratas.

okbai

Friday, May 17, 2013

Tak boleh nak lelap,helpppp!

Assalamualaikum



Sumpah sedap makanan kat atas ni. Our pebret.
Jam menunjukkan 1.31 pagi. Tetapi mata bundar ini masih segar berkedipan.
Mulut ini juga sempat melahap segugus anggur yang dibeli di pasar malam tadi.

okey,marilah kita kembali ke alam yang lebih waras sikit.

Tak berapa nak lena pulok doh.
Bila tengok dekat side bar tu, dah nak dekat 2 tahun aku kawen.

Korang ingat 2 tahun tu sekejap je ker?
Lama weiiii!

Lebih-lebih lagi bila keinginan yang belum tercapai,sobssss T_T

Bila difikir balik, hmmmm salah diri sendiri lagi banyak lah kot.
Huwaaa sedihhhh!

Tapi tapi tapi takpe, tadah tangan mintak ngan Tuhan yer.
Berusaha banyak-banyak.

 Tuhan tu maha mendengar.
Lambat dengan cepat je.

okbai.

Thursday, May 16, 2013

Bawal sulam murah


Assalamualaikum

Aku baru je masukkan stock bawal plain tapi bersulam, sumpah cantik!


Yang ni bidang 45' semuanya.
RM26 exc post.

Boleh klik dekat side bar tu untuk terjah ke my pesbuk yer.

okbai.

Mencari Ramli 2

Siapakah Ramli yang orang duk kecoh-kecoh tu?
Sana sini asyik cari Ramli je, beruntung si Ramli tu,hihi.

Adakah Ramli seorang yang gemuk?
Yang tinggi?
Yang hitam manis?
Itu tidak penting,yang penting beliau pandai beraksi di padang bola!

Mencari Ramli 2 sudah memasuki musim yang ke-2. Pencarian bakat remaja yang berumur 13-16 tahun diseluruh Malaysia. Dua remaja yang paling berbakat tu akan diberi peluang ke Sekolah Bola Sepak Machester dan sudah semestinya mendapat peluang keemasan untuk menjalani latihan dengan pemain handalan dunia! Selama 2 minggu pulak tu. Akan dapat biasiswa lagi, perghhh memang berbaloilah.


Aku pernah tonton rancangan ni, memang yang datang ujibakat tu hebat-hebat belaka. Tengok muka pun dah tahu. Hebak hebak!

Bagi sesiapa yang ada anak jantan, adik kandung, adik ipar, adik tiri atau sesiapa saja yang berminat, bolehlah hadir ke ujibakat yang berdekatan dengan tempat korang.



Jitra: Stadium Mini Jitra 1st– 3rd Feb

Taiping: Padang Majlis Perbandaran Taiping16th - 18th Feb 

Manjung: Stadium Mini Manjung   23rd - 25th Feb

P.Pinang: Padang Kelab Kilat TNB 2nd - 4th March

Pahang:  Kompleks Belia & Sukan Kuantan9th - 11 March

Terengganu: Kompleks Sukan Gong Badak15th - 17th March

Kelantan: Stadium Sultan Muhammad ke IV5th – 7th April    

Kuala Lumpur: Padang Victoria Institution20th  – 22nd April 
Sabah: Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah27th - 29th April  
Melaka :  Stadium Hang Tuah 11th - 13th May 
Sarawak:  Padang B Petrajaya Kuching18th -20th May

Untuk maklumat lanjut boleh ke 
http://www.tm.com/teammalaysia

Tuesday, May 14, 2013

Banyak nak cerita sebenarnya...

Assalamualaikum

Hamboiii kemain tajuknya,kihkih. Tapi sebenarnya memang banyak aku nak stori namun apakan daya, gambar tak masukkan lagi thru bloggeroid. Kater pakai tepon canggih, so cara transfer gambar haruslah canggih walaupun aku ni agak ketinggalan sebenarnya hahaha!


Kalau dedulu, ambik gambar transfer kat lappy dulu lepas tu letak watermark lepas tu letak kat draft dulu baru karang cerita, tu pun kalau rajinlah kan.


Sekarang tidak lagi, ambik gambar. Rasa bekenan nak letak kat blog baru letak watermark lepas tu terus masukkan thru bloggeroid. Draf lah kat situ sehingga kerajinan menjelma,


Nanti-nanti la ek aku cerita, yang pastinya story pasal makan makan berlambakkkk.

okbai.

Sunday, May 12, 2013

Dah lama tak bershawl shawl


Assalamualaikum

Actually aku ni dah berjaman tak bershawl ni. Susah jenis spesis dahi sempit ala ikan puyu nih.


Bawal jugak yang setia dihati, sebab senang nak control rambut, kalau pakai tudung sarung terus kena pandai pilih awning. Kalau awning jenis licin alamak melicinlah rambut aku keluar. Tapi bila malas menjelma, tudung sarung jugak yang aku capai dulu, ngeh ngeh ngeh


Yang kat atas ni sebenarnya bawal, tapi aku pakai ala shawl. Kain jenis soft cotton kan, jadik senang la nak pakai dan yang paling best tak panas! Lepas tu pulak jenis tak licin opkos lah kan.
okbai!

Saturday, May 11, 2013

Pengalaman pertama mengundi


Assalamualaikum

Marilah mendengar cerita pasal pengalaman orang yang pertama kali mengundi. Actually dari awal lagi aku dah check online kat laman web SPR. So, memang details lah kan. Aku print screen je. Ikutkan hati nak pergi lewat tapi aku pergi ngan abang aku, so dalam tenghari macam tu kitorang dah gerak.

Dekat jer pun ngan umah, ayah,abang aku ngan kakak aku pepagi lagi. Dorang balik aku pulak pergi sebab anak-anak dia aku ngan akak aku sorang lagi yang kena jaga. Bila dorang balik turn kitorang plak, Aku,ma ngan abang aku 1tempat undi. Lepas tu kakak aku dgn abang aku yang sorang lagi 1 tempat undi. Fuhh gitewww ler kalau adik beradik ramai kennn.


Nak dijadikan cerita, kitorang yang gerak dulu tapi kakak ngan abang aku yang pergi kemudian balik dulu, apa kesss??



Memula sampai check saluran dulu. Lepas tu check kat kaunter 1 lagi untuk tahu no siri pulokk. Walhal aku dah check awal-awal kt tenet. Just nak comfirm je,takut nanti kemain Q tapi nama yilekkk. Takpe, untuk kali ke2 mengundi nanti takde check bagai kt kaunter, kita terus Q yer.



Dah lah saluran 7 kt tingkat yang paling atasss. Lepas tu masyallah punya lah ramai orang wehhh. Aku ngan abang aku memang betul-betul duk yang paling belakang sekali, duk tepi toilet! Kan kat sekolah toilet duk hujung floor kan. Nasib baik toilet tu tak berbau busuk. Kalau tak, mau pengsan aku kat situ.

Aku takde la Q sangat sebab tak larat aku. Nasib ler ada abang aku. Kejap-kejap aku pergi duduk kat atas kerusi dalam kelas tu,hihi. Lepas tu orang makin ramai dan makin ramai.
Untuk 5 tahun lagi comfirm aku akan pergi mengundi pukul 4petang. Adik aku pergi 4.30,terus boleh pangkah undi. Akak aku kena mengundi kat sekolah lain, dia cakap takde orang sangat pun, patutlah dia sampai umah dulu. Kat tempat aku nih, memang penuh lah.

okbai

Lupa nak cakap.fuhh masa Q, panas gilssss,5tahun nanti akan ku angkut kipas kt umah,oktipu!

Thursday, May 9, 2013

Marilah kita masak


Assalamualaikum

Bila angin rajin memasak datang,kikiki. Aku masak yang simple jer, kenyit mata sebelah pun boleh buat nih.


cencaru sumbat



sayur goreng

tomyam campur




telur dadar.

okbai

Wednesday, May 8, 2013

Keluar dating lepas demam PRU13 walaupun laki bini berbeza parti.

Assalamualaikum

*Sebenarnya nak post semalam tapi boleh pulak terlelap,ngehngeh*

Camne dengan demam PRU,dah kebah ker belum? Dakwat kekal tak? *sila tengok jari telunjuk memasing dan nilailah sendiri*

Okey, dekat nak ngundi tu mmg aku terus balik umah ma aku. Lagipun adik bradik semua ada kan. Lepas ngundi plak baru tentang mata ngan laki aku. Sebenarnya aku laki bini mempunyai fahaman politik yang berbeza.  Senang cerita kitorang pangkah parti yang berbeza. Aku rasa 2hari sebelum mengundi memang kitorang tak jumpa, aku malas nak bagi nasihat untuk pangkah parti aku sebab bagi aku itu hak memasing,  lantak dialah nak pangkah parti apa-apa pun. Tapi aku ada jugak bertanya,

"BAKPO ABANG PAKOH PARTI TU?"
Dan aku dah agak jawapan yang dia bagi. Sama seperti jawapan ahli-ahli parti tu jugak.

Tapi yang hepinya, kat tempat aku ketiga-tiga dun menang tapi parlimen la pulok KO. Kat tempat laki aku dun kalah, parlimen pun kalah, haha sempat lagi aku perli dia. Terror parti abang, hahaha




Petang semalam kitorang keluar makan. Lama giler tak makan kat kuar. Aku order mee goreng basah tp xhabis pun. Membazir je. Lepas tu aku makan tomyam je, share ngan laki i.

Malam nanti nak keluar makan ikan bakar pulok,haaa matiklah penyakit suka keluar malam2 dah datang. Yelah haritu sebulan lebih terperap sebab laki i tak sihat kan. Sekarang dah sihat sepenuhnya, Alhamdulillah

okbai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...